✘CHAPTER 24✘

651 77 1
                                        

Perlahan-lahan pintu ditutup tidak mahu sebarang bunyi terhasil. perlahan-lahan song ji hyo berjengket tetapi baru beberapa langkah kakinya terhenti bila mendengar deheman dari arah hadapan berhampiran pagar yang memisahkan dorm exo dengan dunia luar.
"Malam-malam buta ni nak ke mana? "Suara lay membuatkan ji hyo jadi gugup gaya bahasa dan intonasi suara yang digunakan lay buat dia rasa lay tidak berapa gemar berbual dengannya.

Ji hyo diam topang ketiak dibetulkan masih berperang dengan hatinya sama ada dia ingin menjawab pertanyaan lay atau pun berpura-pura dia berjalan sambil tidur. Tapi rasanya idea yang last macam tak logic pula sebab dia sudah pun menyarungkan jaket ditubuhnya.
"Ji hyo nak jalan-jalan dekat depan tu je"jawab ji hyo jujur ya! Memang niatnya mahu berjalan di kaki lima sambil menghirup udara malam memandangkan diwaktu pagi dia dilarang keras untuk keluar. Tambahan pula dia dikawal rapi 10 orang bodyguard.

Lay mendekati ji hyo dalam samar lampu jalan dia dapat melihat wajah ji hyo yang cuak dia bukan jenis yang suka mengongkong jadi dia langsung tak kisah ke mana gadis itu mahu pergi cuma dia risau kesihatan dan keselamatan yeoja itu tambahan lagi dia diamanahkan untuk jaga ji hyo.
Hujung lengan jaket ji hyo ditarik dan memaksa yeoja itu mengikut langkah kakinya.
"Ji hyo tu yeoja walau sekuat mana pun ji hyo.. Ji hyo perlukan seseorang yang dipanggil namja untuk protect ji hyo. Keluar malam-malam macam ni tak Bagus untuk yeoja bertubuh kecil macam ji hyo. Kita tak tahu siapa yang punya niat jahat kita tak tahu malang yang menanti kita... Maaf cakap! oppa langsung tak suka tengok seorang yeoja keluar malam tanpa pengawasan.. Dengar macam oppa ni kolot tapi itu pendirian oppa.. Next time kalau ji hyo nak keluar pastikan ada teman arreso"nasihat lay penjang lebar hujung jaket ji hyo masih dipegang erat kenapa dia lebih memilih memegang jaket ji hyo berbanding tangan.. Kerana dia tak mahu gosip lain timbul dan dia tak mahu baekhyun salah sangka dia tak suka.

Ji hyo yang berjalan dibelakang lay sambil memandang hujung jaketnya yng dipegang lay dia dengar nasihat lay dan dia akui lay punya seribu cara untuk buat hatinya tertanya kenapa lay sangat istimewa..
Mereka menuruni bukit menuju ke jalan besar di mana deretan kedai dan lampu-lampu yang terpasang buat mereka terpesona..mereka memesan dua coffee sambil meneruskan perjalanan mereka. Nasib mereka baik kerana cuaca taklah terlalu sejuk tambahan pula dengan menghirup kopi memang dah kenalah..

Mereka berjalan-jalan sambil melihat-lihat sekeliling bagi lay walaupun dia dah bertahun duduk dikawasan ini baru pertama kali ni dia bersiar-siar tengok keadaan sekeliling selama ini jadual mereka terlalu padat sampai jiran yang duduk beberapa meter dari mereka pun mereka tak pernah kenal, mana tak nya hampir separuh hari dihabiskan di studio lepas tu balik-balik je membuta mana sempat nak berjalan.
Bagi song ji hyo ini juga pertama pertama kali dia berjalan di kawan elit yang rata-ratanya kedai yang terdapat di kaki lima semuanya Agak mustahil untuk dia yang hidup dalam kos rendah bersiar-siar di kawasan elit macam ni.. Jadi kira bertuahlah dia dapat merasai pengalaman sebegini.

Penat berjalan akhirnya mereka duduk disebuah bangku kayu yang terdapat dihadapan kedai menjual cenderahati mujurlah tidak ramai pengunjung jadi tak perlulah mereka risau kewujudan mereka disedari.
"Oppa... "Panggil ji hyo sambil bekas minuman coffee yang berbaki separuh dikuis-kuis.
"Em.. "Jawab lay ringkas.
"Oppa.. Tak suka dengan ji hyo ke? "Soalan yang menghantuinya semenjak dia berada di sini walaupun lay melayannya baik tapi dia dapat rasa yang lay macam tak suka dengannya.
"Kenapa tanya?"soal lay dia melihat muka ji hyo yang menunduk.
"Tak adalah.. Ji... "
"Kenapa oppa tak suka dengan ji hyo sedangkan oppa tak kenal ji hyo? "Jawapan lay buat ji hyo tersentak kata-kata lay buat rasa yang soalannya itu merupakan satu perangkap...
"Apa maksud oppa? "Walaupun soalan itu sangat berisiko tapi dia tetap mahu mendengar jawapan balas lay sekurang-kurangnya dia tahu yang dia tak perlu berpura-pura lagi depan lay dia penat. Ingat tak penat ke menipu.
"Eh!! Dahlah hari pun dah larut malam. Tunang ji hyo tu dah risau tengok ji hyo hilang malam-malam buta macam ni.. Jom balik"lay bangun dan sekali lagi hujung jaket ji hyo ditarik tapi bila tangannya digenggam dia tersentak.. Dia cuba merungkai pautan tangan mereka tetapi ji hyo mengeratkannya lagi..

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang