✘CHAPTER 38✘

503 68 6
                                        

Baekhyun berdiri dihujung kiri beranda manakala chanyeol juga berdiri di hujung kanan beranda hampir setengah jam mereka diam tidak bersuara hanya hembusan angin petang dari kota seoul yang menemani mereka.
"Neo.. Micheosseo(kau gila) kau sedar tak apa yang kau cakap tadi.. Perempuan murahan.. Kau bercakap dengan siapa tadi? Ha? Park chanyeol? "Soal Baekhyun memecahkan benteng beku mereka...

"Aku cuma kesian kan kau itu je"jawab chanyeol membela diri dia tak berani memandang muka baekhyun dia takut jika sekali lagi dia ditumbuk baekhyun.
"Kalau kau kesiankan aku kau tak kan buat benda bodoh ni.. Perempuan murahan? Kau dah lupa ke perempuan murahan itu yang bermati-matian membela kita depan manager gila kita tu.. Masa kita kena hina sedangkan yang lain diam tidak berkutik.. Perempuan murahan itu sanggup mengiakan segala tohmahan yang dilemparkan netizen semata-mata mahu nama kita semua bersih dari segala caci dan maki, perempuan murahan itu yang buat aku byun baekhyun yang korang kenal sekarang ni berada di sini depan kau... Perempuan murahan itu tunang aku dan juga kawan kita semua kau sanggup cakap macam tu depan dia tanpa rasa bersalah langsung.. Hebatlah kau park chanyeol"

Chanyeol hadam kata-kata yang lahir dari mulut baekhyun dia jadi teringat peristiwa dimana song ji hyo pernah menjadi hero dengan memberi sokongan dan sanggup membelanya ketika dia terlibat dalam rumor tidak menghiraukan peminat,hampir sebulan dia di boikot dan song ji hyo lah orang yang bersusah payah membersihkan namanya kembali. Chanyeol kesal dengan kata-katanya tadi dia langsung tak terfikir yang ini semua akan melukakan hati adik kesayangannya itu.

".....dan untuk pengetahuan kau juga ji hyo tinggalkan aku bukan sebab lay hyung... Dia tinggalkan aku sebab mama aku ugut untuk bunuh dia dan hancurkan karier dia.. Dan kau.... Kau tak ada hak nak marah dia bagi pihak aku.. Aku boleh lakukan itu semua sendiri... Biar aku seorang saja yang tanggung semuanya tak perlu kau masuk campur... Dalam hal ini ji hyo tak salah yang salahnya aku.. Aku nak kan dia jadi milik aku dan dalam pada yang sama aku nak jaga hati mama aku... Aku dah cukup terluka dah sekarang ni.. Jadi tolong jangan tambahkan lagi.. Cukuplah kau jadi kawan aku.. Tak perlu menyibuk dalam hal peribadi aku...."baekhyun tahu kata-katanya pasti akan buat chanyeol terluka dia tidak mahu chanyeol campur tangan dia tak mahu ada kejanggalan dalam hubungan persahabatan mereka.. Dia mahu semuanya macam dulu di mana mereka bergelak ketawa bersama-sama macam dulu sebelum hubungannya bermasalah.

"Aku minta maaf.. "Tulus kata maaf daripada chanyeol buat baekhyun memandang chanyeol lama.
".....kau minta maaf pada ji hyo kalau dia maafkan kau aku juga akan maafkan kau"jawab baekhyun kemudian dia terus meninggalkan chanyeol sendirian.

Chanyeol memejamkan matanya mengimbau kembali kelakuannya yang melampau tadi.. Lantas kaki di hayun ke bilik song ji hyo, diketuk perlahan pintu bilik ji hyo.

"Ji hyo.. Oppa boleh oppa masuk? "Soal chanyeol bila di pulas pintu tidak berkunci.
"Masuklah"jawab ji hyo dari dalam bilik.. Dia yang sedang ralit mengemas biliknya yang berselerak langsung tidak memandang chanyeol yang sedang berdiri memandangnya.

"Oppa nak minta maaf.. Oppa salah... "Tangan ji hyo diraih dia mahu ji hyo memaafkannya.
"Oppa tak salah apa-apa pun jadi perlu ke minta maaf"tangan chanyeol ditepis perlahan lantas dia berpura-pura sibuk mengemas meja soleknya yang kelihatan kemas itu.
"Ji hyo janganlah sindir oppa... Oppa belanja ji hyo makan waffle kesukaan ji hyo nak tak? "Tangan ji hyo digoyangkan laju memujuk dengan cara minta maaf tak jalan akhirnya dia terpaksa mengeluarkan segala ilmunya untuk memujuk si maknae dan akhirnya dengan segala aegyo sudah dipersembahkan akhirnya song ji hyo setuju mengikutnya.

☆☆☆☆☆

Dua gelas besar berisi coke, burger bersaiz empat orang makan, pizza, spaghetti, meatball cheese, dua potong kek coklat cheese dan dua pinggan jeli menjadikan meja yang di duduki mereka penuh sampaikan tiada ruang untuk sudu dan garfu diletakkan dan disebabkan itu juga mereka diperhatikan oleh petugas restoran.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang