Perlahan-lahan pintu di buka bertujuan tidak mahu mengganggu penghuni bilik yang sedang lena memandangkan jarum sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Lay masuk dan membuka sius lampu terkejut dia bila dia melihat baekhyun yang sedang bersila sambil memandang kearah pintu..
"Baek.. Kenapa tak tidur ke hyung buat baekhyun terjaga? "Soal lay lembut tapi anehnya baekhyun terus-terusan memandangnya dengan pandangan kosong entah setan apa yang sedang merasuk baekhyun sampaikan namja itu kelihatan baru saja kembali ke dunia nyata.
Baekhyun masih kekal diam menjawab tidak berkutik pun tidak malah tidak salah rasanya kalau cakap baekhyun sekarang ini sedang menahan nafasnya sendiri. Lay juga masih ditempatnya juga sedang merenung baekhyun..
Setelah hampir 10 minit berdiam diri baekhyun bangun dia berdiri di depan lay.. Dia memandang kedua belah mata lay bergilir-gilir dia sebenarnya sedang mencari alasan untuk di bencikan lay tapi semakin lama dia menatap mata lay hanya keikhlasan yang terpancar di kedua belah matanya.
"Baekhyun ok? "Soalan kedua dari lay setelah hampir seminggu mereka melancarkan perang dingin yang mereka sendiri tidak tahu siapa yang mulakan dan atas sebab apa?.
"Sampai sekarang baekhyun percayakan persahabatan kita.. Dan sampai bila-bila pun baekhyun akan percaya kerana hyung bukan saja sahabat baek tapi lebih kepada keluarga... Baek tak kan mengalah pada hyung sampailah ke hujungnya... Kerana selain sahabat baek juga punya hati untuk dijaga... Kalau salah satu daripada kita terpaksa mengalah biar ia dilakukan dengan hati yang terbuka. Tanpa dendam dan penyesalan"baekhyun mengakhiri kata-katanya yang penuh makna dengan senyuman sendu.Tuala di atas meja di ambil dan dihulurkan pada lay yang sedang menghadam kata-katanya.
"Lap badan hyung baek tak nak hyung sakit"usai berkata-kata baekhyun terus keluar dari bilik hotel meninggalkan lay sendirian.Lay masih kekal di tempatnya dia faham maksud yang cuba disampaikan baekhyun... Jadi.. Selama ini baekhyun sudah tahu perasaan halus yang tersimpan di dalam hatinya buat song ji hyo.. Dan.. Baekhyun hanya diam langsung tidak marah padanya atau bertumbuk... Kata-kata baekhyun tadi seolah-olah mengajaknya untuk bersaing demi mendapatkan hati song ji hyo.
Mata ditutup sebentar peningnya bertambah dia lantas duduk di atas katil sambil memikirkan lagi kata-kata baekhyun yang penuh dengan teka-teki sama dengan song ji hyo.
☆☆☆☆☆
Song ji hyo berguling-guling diatas katil sambil mulutnya bersiul teddy bear putih pemberian lay dipeluk dan dicium semahunya... Setelah penat dia terbaring lemah sambil menatap dinding lama.. Dadanya dipegang di mana degupan jantungnya semakin lama semakin laju sama macam sewaktu dia menantikan keputusan peperiksaan.
"Cinta. ...."entah dari mana datangnya suara itu song ji hyo bingkas bangun dicari suara yang baru saja di dengarinya..
Matanya meliar mencari empunya diri, tiba di depan langsir yang terbang ditiup angin song ji hyo bingkas bangun."Manusia mudah leka dengan cinta sampaikan satu kerja pun tak terlunas? Adakah awak sudah bersedia untuk berkubur tanpa tanda di sini? Tertanam bersama cinta awak? "Soal taehyung yang berpakaian serba putih.
"Taehyung.... Aku... Ak..."
"Saya tak suka nak ingatkan awak apa akibatnya jika awak langgar penjanjian awak... Saya tak sekejam itu... Saya tak nak awak lupakan janji yang awak buat untuk lihat mereka bersatu... Dan saya juga tak nak awak lupakan cita-cita awak di dunia yang sepatutnya awak berada... Saya tak nak keghairahan awak ni buat awak mati.... Mari.. Ikut saya... Saya nak tunjukkan sesuatu yang buat awak sedar yang awak perlu segera tinggalkan mereka dan kembali ke asal... "Taehyung mengapai tangan ji hyo dan mereka menembusi dinding bilik hotel...
YOU ARE READING
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...