✘CHAPTER 41✘

420 66 9
                                        

There are no goodbyes for us. Wherever you are, you will always be in my heart

Kepulan asap rokok di amati penuh minat kaki melangkah menaiki anak tangga.. Setiap anak tangga yang di jejaki mengambil masa 15 minit.. Kerana selama itu dia asyik memikirkan malang yang menimpanya berkali-kali dalam jangka waktu yang sangat singkat. Baru saja dia mengikhlaskan untuk melepaskan song ji hyo bahagia bersama lay tapi bila melihat kemesraan mereka tadi. Dia rasa dia dilayan begitu teruk hatinya langsung tiada siapa ambil peduli.

Di anak tangga yang ke 10 baekhyun duduk.. Dilorong belakang bangunan lama gelap dan hanya ditemani oleh lampu-lampu kecil betul-betul menghidupkan suasana 'forever alone'.
Sebatang rokok di ambil dan diletakkan dihujung bibirnya lantas pemetik api di ambil.. Ditekan dan api mula kelihatan... Baekhyun memejamkan matanya pemetik api dibaling jauh.. Rokok yang berada di bibirnya di ambil dan di patahkan. Sejak patah hati ni merokok, alkohol dah menjadi hobi barunya.. Dia tak seperti itu dulu...

"Argh....... Argh....... "Jeritan baekhyun memecahkan suasana malam kota china.
Ya! Aku mungkin nampak kuat dan selalu tersenyum tapi dalam hati aku rasa sangat sunyi biar pun aku bersama dengan kawan-kawan aku. Aku mungkin nampak tidak peduli dengan rasa kesunyian tapi sesuatu yang aku ingin katakan.
Saat di mana aku berjumpa dengan engkau masih mekar di fikiran aku. Jika orang lain tanya pada aku siapa cinta pertama dan terakhir bagi aku? Aku selalu menjawab dengan yakin yang ianya kamu. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi pada masa depan. Kau telah jauh melihat segalanya yang ku punya.. Hati dan perasaan.. Semuanya kuperlihatkan pasa kamu. Aku sangat pasti.

Aku sepatutnya lebih berhati-hati dalam memberi kasih sayang supaya hati aku tak sakit. Aku tak pernah rasa sesakit ini. Fikiranku terisi dengan wajah kau dan ketawa kau seakan muzik bagi aku. Dan sekarang aku sangat yakin dengan keputusan aku.
Baekhyun menarik nafasnya nombor telefon song ji hyo di dail.
Setelah panggilan disambung baekhyun terus senyap.

"Oppa.. Wae? Oppa dekat mana sekarang ni? "Soal ji hyo dihujung talian.
"Kita perlu berjumpa... "Talian di matikan dan pesanan ringkas di hantar kepada song ji hyo.

"Aku yakin dengan keputusan aku... "

☆☆☆☆☆

"Chan.. Sini sekejap"panggil xiumin bila dia lihat chanyeol seperti bergegas ingin keluar dari bilik latihan.
Chanyeol menutup kembali pintu dan menghampiri hyungnya. Dia duduk bersandar di sebelah xiumin.

"Chan dengan ji hyo apa masalah? Kenapa hyung rasa yang hubungan kamu berdua ni dah teruk... Chan layan ji hyo tu macam musuh sebelum ni korang berdua nampak okay.. Selalu je keluar berdua.. Tapi sejak akhir-akhir ni hyung tengok kamu berdua macam anjing dengan kucing"soal xiumin dia bukan tidak ambil tahu perkembangan chanyeol dan ji hyo walaupun dia jarang menginap di dorm di sebabkan tugasannya sebagai seorang pelajar dan penyanyi.

Chanyeol diam dia mahu saja mencaci maki ji hyo di depan hyungnya tapi dalam pada yang sama dia masih sayangkan adik kesayangannya itu.
"Chan pun nak jadi macam lay hyung? Nak rahsiakan semuanya dan lepas tu tinggalkan kumpulan ini dengan alasan tiada persefahaman antara ahli kumpulan begitu ke chan? "Soal xiumina lagi.

Chanyeol masih diam dia tak tahu mahu mulakan dari mana..
"Chan tak suka ji hyo putus dengan baekhyun dan bercinta dengan lay... "Akhirnya chanyeol bersuara..
"Chanyeol, kita semua ini tak ada hak nak tentukan siapa yang patut mereka pilih. Itu hal peribadi mereka kita sebagai kawan tak patut berpihak pada sesiapa biar mereka selesaikan masalah mereka sendiri. Jangan pula chan nak bertegang urat dengan ji hyo disebabkan ji hyo lebih memilih lay daripada baekhyun. Hyung tahu niat baik chanyeol tapi cara chan salah.. Kesian ji hyo.. Ji hyo sedang menjalani takdirnya... Dia pasti tahu apa yang terbaik buatnya.. Dia dah besar dan chanyeol yang lebih tua darinya patutnya janganlah layan dia macam tu.. Itu masalah dia dengan baek bukan dengan chan.. Jangan ingat hyung tak tahu apa yang terjadi dekat dorm.. Hyung tahu cuma hyung nak tengok sebesar mana masalah yang korang timbulkan... Kita sedang dalam masalah jadi please jangan tambahkan lagi.. Bolehkan park chanyeol? Panjang lebar leteran hyungnya buat dia tersedar dia dah jauh dalam mencampuri kehidupan peribadi kawan-kawannya dia rasa bersalah pada ji hyo, baekhyun dan lay. Dan dia mengangguk perlahan.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang