Selepas jamuan makan malam di dorm,ji hyo memecut keretanya laju membelah kepekatan malam untuk berjumpa dengan seseorang.. Tiba di hadapan Restoran Unamjeong di Provinsi Gangwon ji hyo meletakkan keretanya ditempat khas yang disediakan. Dia mengekori pelayan lelaki yang menyambutnya tadi.
Restoran unamjeong terkenal karena menyediakan sebuah menu sup paling mahal di Korea. Untuk satu mangkuk, sup di restoran ini saja sudah berharga 47.000 Won. Restoran mahal mestilah untuk seseorang yang berkedudukan seperti...
"Terima kasih ji hyo sebab sudi jumpa mama"sapa puan byun.. Ya! Dia kesini jauh-jauh hanya kerana permintaan puan byun. Dia tahu dia sedang berhadapan dengan bekas musuhnya tapi dia tak pernah berdendam dia tahu puan byun sudah sedar dengan kesilapannya.
Puan byun memimpin tangan ji hyo mendekati meja panjang yang permukaannya terhidang dengan deretan makanan kegemarannya. Tapi itu bukan apa yang dia lihat.. Dia sedikit terganggu dengan dua orang sosok lelaki yang membelakanginya.. Entah kenapa dia rasakan dia macam kenal dengan sosok tubuh itu.
"Lee soo hyuk, lee tae joon ji hyo dah sampai"panggil puan byun daripada gaya percakapan puan byun dia betul-betul sudah berubah baguslah itu yang dia nak.
Soo hyuk dan tae joon serentak bangun...ji hyo terperanjat dengan penampilan dua namja yang dulunya begitu suka dengan gaya samseng tapi sekarang kedua-duanya juga sudah berubah dari segi penampilan dan juga renungan mata mereka berdua. Ji hyo jadi tertanya kenapa mereka berubah dan kenapa mereka ada disini?.
Soo hyuk dan tae joon serentak menunduk hormat lama pada ji hyo.. Ji hyo jadi gelisah matanya mula melilau mencari kalau-kalau ada kemera tersembunyi sebab mereka berdua ni betul-betul sudah berubah.
Puan byun senyum dia menarik tangan ji hyo duduk bersila menghadap juadah.
"Ji hyo mama nak jadi wakil untuk mereka berdua.. Mama yang salah.. Mereka bekerja dibawah mama.. Mama upah mereka untuk beri tekanan pada ji hyo.. Dan mama juga bersetuju bila lee soo hyuk mengacu pistol dekat ji hyo... Mama minta maaf.. Mama betul-betul minta maaf.. Walaupun minta maaf saja tak cukup"ucapan puan byun begitu ikhlas meminta maaf membuatkan hati ji hyo jadi lembut selembut-lembutnya.tapi dia bukan nak dengar dari mulut puan byun dia mahu tahu apa yang lee soo hyuk fikiran ketika namja itu tekad mengacukan pistol dikepalanya.
"Saya nak dengar dari mulut... "
"Saya lakukan itu atas dasar dendam.. Dendam pada ayah kandung kami sendiri.. "Luah lee soo hyuk.. Dia membuka cerita dari awal sampailah akhir tiada satu pun yang dia sembunyikan dia ikhlas datang hari ini semata-mata mahu meraih kemaafan daripada ji hyo sebelum dia dan adiknya berangkat ke london esok. Mereka mahu kehidupan baru dan semestinya hidup bebas dendam..
Ji hyo diam menghadam segala-galanya kisah mereka sama sepertinya yang membezakan mereka adalah appanya sudah pergi meninggalkannya seorang diri tanpa sempat dia buktikan yang dia mampu menjadi anak yang terbaik.. Dia terlalu manja sampaikan acap kali dia meninggikan suara pada appa dan ommanya... Dia anggap semua yang dia lakukan itu betul appa dan ommanya salah bila mereka membantah,tapi bila difikirkan balik mana ada ibu atau bapa yang mahu melihat kehancuran anaknya sendiri. Tapi sayangnya baru sekarang dia sedar bila semuanya sudah terlambat.
"Minta maaf pada tuan lee soo man.. Saya nampak dari kedua matanya dia betul-betul rindukan anak-anaknya.. Dakap dan ciumlah dia sementara ada masa... Ji hyo dah maafkan semua kesalahan korang berdua... "dia ikhlas memberi kemaafan pada soo hyuk dan tae joon dia bukan seorang pendendam dan dia sedar setiap manusia diatas muka bumi ni semuanya pernah melakukan kesilapan tak kiralah sebesar mana kesilapannya dia berhak mendapat kemaafan.
Dia percaya bahawa setiap orang yang dia lihat mempunyai cerita yang dia tidak tahu. Tidak kira betapa buruknya, kasar atau agresifnya mereka. Sesuatu yang berlaku membuat mereka bertindak seperti itu. Seseorang mencederakan hati mereka dengan cara yang menjadikan mereka mempertahankan diri dengan cara itu. Jangan menghukum seseorang dengan c
dengan apa yang kita lihat di hadapan kita. Mungkin mereka baik dengan orang yang tidak layak mendapat kebaikan itu sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)