✘CHAPTER 16✘

742 90 3
                                        

Dengan kudrat yang dia ada akhirnya dia berjaya juga menyalin pakaian  nasib baik bilik air dibilik yang dipinjamnya besar, kalau bilik dirumahnya dah berdentum kepala terhantuk dekat pintu disebabkan ruang yang sempit.
Kardigan yang diberi sehun tadi disarung, blouse panjang separas peha di tarik sedikit. mukanya berkerut bila kakinya terasa sejuk, kerana inilah pertama kali dia memakai blouse pendek selalunya dia hanya mengayakan seluar dan t-shirt tak pernah lagi dia melanggar  prinsipnya sendiri,dia jenis yang suka berpakaian ala-ala tomboy tiba-tiba kena pakai pula baju yang menampakkan kakinya yang putih..

Cermin besar yang terlekat di dinding bermozed berwarna putih ditatap lama.. Kepalanya yang masih berbalut dipegang lama tiba-tiba wajah jackson, jimin dan mama lisa terbayang dimata selalunya malam-malam buta ni dia sibuk memasak hidangan makan malam lepas tu hidangkan diatas meja ibarat melayan raja dan permaisuri dan dia lah kuli batak tak bergaji yang paling setia pernah mereka ada. Apa agaknya khabar mereka?.

Ji hyo menggerak-gerakkan mulutnya dengan pelbagai bentuk itulah rutin hariannya bila seorang song ji hyo bertemu dengan cermin. sedang dia ralit bermain dengan mulutnya kedengaran pintu diketuk perlahan ji hyo diam bila ketukan mula kedengaran kuat dia cepat-cepat keluar dari bilik air tapi masalah pintu biliknya tak boleh dibuka selalunya dekat rumah pintu dia buka dengan tendangan sebab pintu dirumahnya sudah uzur. Tapi beza pula kali ni pintunya Agak aneh.

Dia mundar-mandir bunyi ketukan pintu semakin kuat yang sengalnya si pengetuk tak mahu bertanya keadaannya di dalam.. Alamak macam mana ni tak kan nak cakap aku tak tahu buka pintu yang aku kunci sendiri...
Ji hyo mundar-mandir lagi hampir 5 minit bunyi ketukan pintu sudah tidak kedengaran.
"Ji hyo are you okay? Yeobo.. Yah!! "Jerit baekhyun bila penghuni bilik itu tidak mengendahkan panggilannya..
"Baek saya tak reti nak buka pintu ni. Tadi saya kunci lepas tu saya buka-buka tak boleh "jawab ji hyo dekat dengan pintu.
Baekhyun menepuk dahinya kuat lupa pula pintu bilik yang diduduki ji hyo memang ada masalah dengan kunci jadi haya orang di luar saja boleh buka.
Baekhyun berlari turun ke bawah menuju ke penjuru tangga yang tergantung belasan kunci, lantas segugus kunci diambil dan dia berlari naik ke atas.. Sebelum kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci baekhyun melekapkan telinganya dipintu bilik.
"Ji hyo bila baek buka pintu ji hyo tutup mata tau.. Arreso? "Pesan baekhyun sambil memasukkan kunci ke lubang kunci.
"Nae"jawab ji hyo kuat..

Pintu dikuak dan baekhyun melihat ji hyo yang sedang memejamkan matanya baekhyun tersenyum simpul tiba-tiba idea nakalnya muncul.
"Jangan buka dulu tau"pesan baekhyun lagi dia mendekati ji hyo lantas pipi ji hyo dikucup..
"Yah!! "Tindakan spontan ji hyo adalah menolak baekhyun sekuat hatinya sampaikan badanya baekhyun terhentak dipintu bergegar bunyinya.. Dan ji hyo boleh nampak baekhyun mengaduh sakit.
Ji hyo cepat-cepat mengesat pipinya bekas ciuman baekhyun dalam hati dia membebel, suka-suka je ingat aku ni anak patung..
Baekhyun mula marah mukanya bertukar merah tapi bila melihat bunga tulip ditangannya dia bersabar dan dia sedar tunangannya itu hilang ingatan jadi mesti ji hyo sedang melihatnya sebagai orang asing..
Baekhyun membetulkan rambutnya yang tidak kemas lantas mendekati ji hyo.. Bunga tulip dihulur.
"Saranghae"baekhyun menanti jawapan ji hyo tapi bila melihat ji hyo menyambut bunganya tanpa membalas katanya dia pasrah lantas tangan ji hyo ditarik sambil memaut pinggang ji hyo supaya yeoja itu senang berjalan, biar pun yeoja itu dibantu dengan topang ketiak..

Ji hyo tidak selesa dia gelisah bila tangan baekhyun mula melingkar di pinggangnya dia cuba menepis tangan baekhyun. Tapi namja itu menguatkan pautan tangannya.. Sampailah ditangga terakhir baekhyun melepaskan pinggangnya dan menarik tangannya masuk ke bilik yang pada mulanya gelap kini sudah bertukar terang bila lampu dipetik..
Orang pertama yang menarik perhatiannya adalah lay yang duduk dihujung bersebelahan dengan chanyeol entah kenapa namja itu cuba menolak untuk melihat matanya.
Ji hyo diam dilihat satu persatu ahli exo yang sedang duduk disofa panjang yang boleh diduduki 11 orang dan suho menepuk tempat duduk disebelahnya memberi isyarat supaya dia dan baekhyun duduk disebelah.
Ji hyo dan baekhyun menurut dan duduk bersebelahan dan tentunya ji hyo cuba mencipta jarak antara mereka tapi baekhyun buat tak reti dia mendekatkan dirinya rapat dengan ji hyo dan tangannya gatalnya mengenggam tangan ji hyo.
Ji hyo hanya mampu diam kalau bukan kerana mereka diperhatina sudah tentu dia tendang baekhyun jauh darinya dia rimas.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang