Dari balik cermin kaca yang memisahkan mereka daripada bilik latihan mereka mendengar esak tangis dari ji hyo.. Dan jerih perih daripada lay yang dileteri disebabkan mereka tidak berada di jakarta tepat pada masanya.
"Kau ni kan ji hyo daripada sebelum kemalangan sampailah selepas kemalangan tak habis-habis menyusahkan syarikat.. Meletihkan aku...kenapa kau tak mati je dalam kemalangan tu senang sikit kerja aku.."marah puan eun hye sambil perutnya yang membuyut di usap perlahan dia melihat ji hyo dan lay yang menundukkan kepala mereka.melampau? Dia peduli apa mulut dia dan dia ada kuasa di sini jadi perlu ke dia menapis setiap kata yang keluar dari mulutnya..
Eun hye tersenyum sinis bila mendengar tangisan ji hyo yang perlahan tapi perlarutan mungkin disebabkan luka yang masih segar Atau pun kata-katanya yang pedih. Tapi bila mendengarkan tangisan ji hyo tidak putus-putus sikit demi sikit egonya runtuh nalurinya yang bakal menjadi ibu tiba-tiba datang bila melihat ji hyo menangis seperti bayi.. Selalunya keperibadian ji hyo tidak selemah ini.. Nak nampak dia menangis sangat susah... Yang dia kenal adalah song ji hyo yang keras kepala dan suka menentang sesuatu yang dia rasa tidak betul, mungkin di sebabkan dia anak seorang bekas calon presiden korea sebab itu anak ini tumbuh menjadi seorang anak yang tahu apa yang perlu dia tegakkan.
Perlahan-lahan dia mendekati ji hyo tangan kanannya mengusap kepala ji hyo tangan kirinya menarik tubuh ji hyo masuk dalam pangkuannya. Sangat aneh bagi eun hye yang terkenal dengan kebengisan dan bermulut lancang memeluk dan menenangkan seseorang.... Bukan lay saja terkejut tetapi exo yang berada di luar juga binggung dengan situasi yang dipertontonkan pada mereka saat ini...
Berada di dakapan puan eun hye buat dia rindukan dakapan ommanya... Lagi bertambah lebatlah air matanya...
"Dah... Jangan menangis.. Aku tahu aku jahat tapi bila nampak kau menangis macam ni ego aku runtuh.. "Tangannya menepuk-nepuk belakang badan ji hyo perlahan. Bila tangisan yeoja itu semakin berkurangan dia melepaskan pelukan."Pergilah balik.. Pasal kes rusuhan tadi serahkan pada aku... Lay... Aku nak jumpa kau sekejap.. Ji hyo boleh balik"arah puan eun hye dia keluar daripada bilik latihan.
Bila kelibat puan eun hye keluar kesemua ahli exo serentak masuk di saat mereka yang lain sibuk bertanyakan keadaan ji hyo.. Xiumin nampak dingin dia hanya bersandar dan merenung ji hyo dari jauh.. Hembusan nafas berat terlahir dari bibirnya.
☆☆☆☆☆
"Ji hyo bercadang nak buat koleksi luka ke song ji hyo? "Soal xiumin sebaik saja mereka masuk ke dorm. Ji hyo diam dia menunduk bila melihat muka xiumin nampak betul-betul sedang marah.
"Kenapa tak jawab? Simple kan soalan oppa? "Soal xiumin lagi dia bercekak pinggang berdiri di depan ji hyo. Dia tak marah dia cuma kesal kenapa mesti sejauh ini ji hyo sanggup pergi hanya semata-mata mahu meletakkan semuanya di atas bahu dia seorang.. Habis mereka bersepuluh apa fungsi?.
"Mianhae.. Oppa.. Ji hyo.. "
"Mianhae? Mianhae? Ji hyo, oppa nak ji hyo yang dulu... Ji hyo yang tidak mudah mengalah dan tidak mudah mengaku kalah.. Kenapa oppa rasa song ji hyo yang oppa kenal dulu.. Tak sama dengan ji hyo yang sekarang? Song ji hyo yang dulu tak pedulikan pasal kami yamg dia tahu hanya dirinya sendiri.. Semua kesalahan yang ji hyo lakukan semuanya kami tanggung... Waktu tu kami rasa kami ni oppa ji hyo... Oppa yang melindungi adiknya... Tapi kenapa sekarang ji hyo nak berlagak macam penjaga kami?semuanya nak buat sendiri... Kenapa perlu macam tu.. Kami ni apa? Ha song ji hyo? "Amarah xiumin mampu membuatkan kesemuanya lumpuh tiada satu pun yang berani bersuara.
"Sebab itu ji hyo ada di sini? "Jawab ji hyo perlahan dia menentang mata xiumin.
"Wae? Semenjak ji hyo bangun dari koma... Ji hyo selalu ulang.. Sebab itu ji hyo ada di sini... Stop talking nonsense song ji hyo... Bagi kami peluang untuk jaga ji hyo.. Itu tugas kami bukan ji hyo... "Bila xiumin mula menengking suho menutup kedua belah telinga ji hyo menggunakan tapak tangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...