✘CHAPTER 22✘

667 92 3
                                    

Cawan berwarna putih sederhana besar diletakkan diatas meja.. Lantas susu diambil dibancuh menggunakan air panas.. Serbuk kayu manis diambil dari kabinet dapur diambil secubit lalu ditabur diatas susu panas..

Susu dikacau perlahan lay tersenyum susu itu diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik ji hyo. Dia terlupa yang baekhyun selalu mengingatkan dia yang ji hyo mesti kena minum susu sebelum tidur jika tidak yeoja itu tak kan tidur .tapi bila dia sampai dibilik ji hyo yeoja itu telah lena.

Lay meletakkan susu di meja bersebelahan katil ji hyo. Comforter yang terselak dibetulkan.. Tangan ji hyo yang terjuntai juga dibetulkan.
Lay berdiri memandang muka ji hyo lama.. Kata-kata dari budak
Perempuan tadi kembali terngiang-ngiang di telinganya. Tanpa sedar tangan lay perlahan-lahan ingin menyentuh muka ji hyo tetapi niatnya terbatal bila yeoja itu menukar posisi tidurnya.

Lay mengundur setapak demi setapak sampai kakinya menyentuh sofa yang berada dihadapan katil ji hyo.
Lay duduk dari jauh sekali lagi dia memandang ji hyo yang mengiring ketepi.
"Siapa kau? Kenapa aku tertarik nak tahu siapa kau? Kenapa bila kau wujud perkara pelik sering berlaku.. Kau ni apa sebenarnya.. Jika niat kau baik masuk ke dalam kehidupan kami.. Aku relakan tapi jika kedatangan kau disini dengan niat yang tak betul aku janji aku tak kan duduk diam... Satu hari nanti aku pasti akan tahu siapa kau"monolog lay dalam hati kepalanya perlahan-lahan diletakkan dikepala sofa sambil matanya tidak lepas memandang ji hyo.. Tanpa sedar matanya tertutup perlahan-lahan.

☆☆☆☆☆

Song ji hyo berdiri di tengah-tengah pentas dan dihadapannya penonton yang terdiri daripada arnab berwarna putih yang sangat comel.. Ji hyo terpegun bila melihat taehyung berjalan kearahnya dengan kostum arnab.. Sangat comel.
Taehyung berdiri di hadapannya...

Jari dipetik dan mereka berada di atas tengah-tengah kesesakan manusia..
"Lama kan saya tak datang dalam mimpi awak.. awak dah tak ingat saya ke? "Soal taehyung .
"Kau ada sekarang ni sebab aku ingatkan kaulah.. Kenapa kau bawa aku ke tempat ni.. Tempat tadi kan Best"ji hyo menguatkan suaranya bila kesesakan manusia yang bertali arus dan juga bunyi hon kereta yang datang dari pelbagai arah membuatkan telingannya bingit..

"Ini tempat yang awak mimpikan.. Bukan saya.. Jadi apa pula kali ni? Apa yang awak nak tahu dari saya? "Soal taehyung kerana dia berada disini bila ji hyo memerlukan pertolongannya..
"Kenapa aku rasa bersalah dengan baekhyun.. Kenapa aku tak boleh nak berlakon yang aku ni tunang dia.. Dia baik, dia hensem dia ada segalanya tapi aku tak selesa dengan dia..wae? "Soal ji hyo lagi dipandangn anak mata taehyung..

"Sebab dia bukan takdir awak"jawab taehyung ringkas sambil menghadiahkan senyuman pada ji hyo.
"Bila awak buka mata awak nanti orang pertama yang awak nampak adalah takdir awak.. "Sambungnya lagi.. Taehyung mengundur dan hilang ditelan kesesakan manusia yang lalu lalang, taehyung hilang bersama dengan cahaya putih yang menyilaukan matanya..

Perlahan-lahan mata di buka dan dia rasa mahu lompat turun dari katil bila orang pertama yang dia nampak adalah zhang yixing.. Ji hyo bangun rambutnya ditarik-tarik dia menjerit tanpa suara.. Kepala dihantuk diatas bantal sambil melihat lay.. Dia cuba pejamkan balik matanya dengan harapan bila dia buka kembali lay hilang..
Tapi sayangnya lay masih ada berpeluk tubuh sambil tidur..
Ji hyo mengeluh berkali-kali.. Sampaikan dah tak terkira keluhannya..

Bila melihatkan lay memeluk tubuhnya ketat dia tahu yang lay kesejukan. Dilihat jam di dinding baru pukul lima pagi tapi matanya rajin terbuka pagi-pagi buta..
Topang ketiak digapai perlahan-lahan ji hyo bangun sambil mengheret comforter..

Tiba di hadapan lay.. Perlahan-lahan ji hyo menolak tubuh lay supaya berbaring.. Ternyata kerjanya amat rumit bila tubuh lay sangat berat untuk ditolak tambahan lagi dia tidak mahu mengejutkan lay. Berpeluh juga dia sebelum berjaya membaringkan lay nasib baik namja itu tidur mati.
Comforter bercorak bunga kepunyaannya diselimutkan ditubuh lay.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now