"Dan... Ji hyo akan pastikan perasaan ini akan ji hyo buang jauh-jauh kerana hubungan ini tak kan berjaya.. Kita.. Berada di dimensi yang berbeza walaupun kita berpijak di dunia yang sama... "Sambung ji hyo lagi pada awalnya dia mahu bersama lay memandangkan mereka punya perasaan yang sama tapi bila mengenangkan dia di sini hanya sementara dan dia akan tinggalkan lay.. Ada baiknya dia menolak kerana dia pasti yang akan terbeban dengan rasa kehilangan adalah dia seorang.
Lay terpana bila mendengar kata-kata ji hyo dia memegang tangan ji hyo lama.
"Kita cuba... "Dia tak tahu apa maksud ji hyo tapi dia punya harapan besar jadi dia fikir baik mereka mencuba dulu.
"You're different. And I'm different too. Different is good. But different is hard. Believe me, I know.” jawab ji hyo tangannya dilepaskan melalui kata-kata namja itu ji hyo tahu yang lay tidak faham maksud yang dia cuba sampaikan...
"Sebab ji hyo tak pernah ada bersama kami sejak dari mula.. Itu ke perbezaan kita? "Soal lay akhirnya persoalan yang menganggu fikirannya beberapa minggu ini terluah juga akhirnya.. Dilihat muka ji hyo yang nampak terkejut mendengar pertanyaannya.. Jika telahannya tepat maka itu bukan penghalang bagi hubungan mereka...
Ji hyo terdiam terpana dan terkedu mendengar pertanyaan lay... Adakah namja itu tahu kewujudannya? Atau nama itu saja serkap jarang. Tidak!! Muka lay nampak serius.. Siapa sebenarnya lay? Adakah dia patut meneruskan penipuannya atau ceritakan perkara sebenar? Dia buntu bila dia melihat mata lay seakan menagih jawapan darinya..
Tangannya yang disembunyikan dibawah meja diramas kuat.
"Ji hyo.. Alien, hantu ke manusia yang datang dari masa depan? Kalau itu adalah perbezaan kita oppa tak kisah.. Sebab secara fizikalnya oppa nampak ji hyo sama macam manusia biasa"sambungnya lagi.. Ji hyo tak tahu nak bereaksi apa.. Dalam serius lay terselit juga kelucuannya bila namja itu menyebut perkataan yang sepatutnya disebut budak tadika....
"Ji hyo manusia biasa.. Dan ya! Pada dasarnya ji hyo memang tidak pernah wujud dalam hidup oppa semua.. Terima kasih sebab oppa hanya tahu setakat itu saja.. Selebihnya biar ji hyo simpan seorang...banyak berbezaan kita yang membuatkan kita mustahil untuk hidup bersama... Maaf oppa ji hyo dah tak nak menangis lagi... Ji hyo nak nikmati semuanya di sini sebelum ia berakhir... "Jawapan ji hyo tidak cukup buat kay berputus asa.
"Oppa tak kan paksa ji hyo untuk ceritakan semuanya dan oppa tak kan tanya apa-apa pun pasal kewujudan ji hyo dalam kehidupan kami... Tapi oppa tak kan berhenti untuk rebut hati ji hyo"....
"Walaupun kita berbeza? "Soal ji hyo ditatap mata lay lama.. Dan lay mengangguk.
"Ya! Walaupun kita berbeza"jawab lay penuh yakin..
"Ji hyo perlukan masa.. Dan cinta juga perlukan masa... Ji hyo tak kan mudah memberi hati ji hyo pada mana-mana namja... Sejujurnya perasaan itu sudah ada tapi ia baru berputik ji hyo tak nak tergesa-gesa dan ji hyo rasa oppa faham kan? "Entah kenapa hatinya yang tadi berkeras mahu menolak lay tetapi kini dia sudah mula membuka pintu hatinya sedikit walaupun dia tahu hubungan mereka tak kan berjaya.
"Apa pun yang terjadi pada kita lepas ni terpulang pada ji hyo.. Untuk memutuskan semuanya.. Tapi, kalau ji hyo perlukan oppa untuk berada di samping ji hyo.. Oppa ada untuk ji hyo.. Because i'm already yours"....
Bila melihatkan senyuman lay rasa bersalah ji hyo semakin lama semakin bertambah kerana jika dia memilih lay bermakna hubungan baekhyun dan lay akan terjejas.. Dan jika dia memilih baekhyun hatinya dan hati baekhyun akan rasa sakit kerana mereka memang tidak ditakdirkan bersama...
Semakin lama dia di sini semakin dia mengerti yang derita adalah langkah kita untuk menjadi dewasa dan kuat untuk menempuh dunia yang penuh cabaran jika bukan hari ini mungkin esok lusa dia juga terpaksa lalui jalan yang sama.
☆☆☆☆☆
Rancangan mereka untuk pulang selepas menikmati makanan mereka terbatal selepas suho menelifon mereka untuk bertemu dia kedai makan yang berdekatan dengan tempat mereka makan tadi.. Jarak antara kedai yang mereka singgah tadi tak adalah jauh sangat mereka akhirnya memutuskan untuk berjalan kaki..
ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)