Pen hitam yang dipegangnya sedari tadi diketuk di atas meja sambil tangannya sibuk melihat kertas x ray yang baru diterimanya tadi selepas itu kertas x-ray itu diletakkan diatas meja dia pandang dua orang berbangsa korea itu silih berganti.
"Kecederaan buku lali encik huang zitao Agak teruk sebab berdasarkan pemerhatian saya encik tao kerap kali cedera dibahagian buku lali dan kali ini kecederaannya Agak teruk yang memerlukannya untuk berehat selama setahun daripada sebarang aktiviti jika dipaksa ia akan jadi lebih teruk dari ini"jelas doktor perempuan yang memakai tag bernama ji tian tian yang dipertanggungjawabkan merawat tao.
Ji hyo blur mendengar perkataan 'kerap kali'yang disebut doktor ji tian tian tadi.. Ini bermakna tao sudah banyak kali cedera. Dipandang muka pengurusnya yang sedang fokus melihat kertas x-ray kecederaan kaki tao.
"Kecederaan buku lali? "Soal ji soo setelah lama berdiam diri.
"Ya! Kecederaan di buku lali atau pun ‘ankle sprain’ bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.dan dalam kes encik huang zitao dia berlaku akibat jatuh dari tempat yang tinggi dia tidak berbahaya tapi dia memerlukan masa yang panjang untuk sembuh"jawab doktor itu panjang lebar.
Ternyata perkhabaran itu buat ji soo mengeluh panjang mukanya diraup perlahan bukan kerana kecederaan tao tapi kerana kegagalannya dalam menjaga artis dibawah jagaannya.. Dia tidak kisah kalau nanti dia akan dipertanggungjawab di depan ketua pengurus exo tetapi dia risaukan kesihatan tao dan kesembuhannya dia sangat pasti yang tao akan dipaksa bekerja biar pun dia cedera.. Dan dia pastinya tidak akan mampu menghalang arahan ketua pengurus kerana dia juga punya keluarga untuk disara dan dijaga.
☆☆☆☆☆
"Papa.. Dengar apa yang tao nak cakap... Tao tak nak balik... Tao nak stay sini... Tao sayangkan mereka.. Pleaselah papa"tao mengurut dahinya perlahan sakitnya bertambah bila dia menerima panggilan dari papanya.
Tao mengeluh nak diletakkan telefonnya rasa derhaka pula pada papanya tapi bila di biarkan dia juga akan sakit,akhirnya dia terpaksa juga mendengar bebelan papanya yang panjang lebar..
Bila dia mendengar pintu dikuak diketuk dia cepat-cepat mematikan talian dan berbaring.
Dilempar senyuman nipis pada song ji hyo yang mendekatinya.
"Kau bercakap dengan siapa tadi? "Soal ji hyo diperhatikan muka tao yang nampak tidak keruan dia dengar segalanya dia hanya mahu mendengar tao membuka cerita. Katil tao dinaikkan sedikit untuk memudahkan mereka berbual. Dia dan chen di pertanggungjawabkan untuk menjaga tao malam ini tapi bila dia berada di hadapan pintu bilik tao dia mendengar tao bercakap dengan seseorang yang dia tidak pasti siapa.. Tapi yang pasti dia mendengar setiap butir bicara tao.
Tao telan air liur nak bohong ke nak bercakap benar.
"Oh!papa aku tadi call dia cakap tak dapat datang jenguk aku"jawap tao di awal kata dia berlaku jujur tapi dihujungnya dia menipu. Dia belum bersedia untuk ceritakan semuanya.
Ji hyo melihat kedua belah mata tao dia faham situasi tao.. Namja itu mahu menjaga hati kawan-kawannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)