Dua titik racun Arsenik atau lebih dikenali sebagai "Raja Segala Racun" dititikan di dalam cawan yang terisi teh herba yang puan byun arahkannya pagi tadi.. Dia tahu racun itu sangat berbahaya tetapi demi taat setia pada orang yang bertanggungjawab memberi keluarganya makan dia terpaksa akur walaupun dia terpaksa membunuh dia sanggup kerana tiada apa yang lebih bernilai selain keluarganya..
Dengan getaran yang membuatkan dua cawan yang berada di dulang berlaga dia gagahkan juga kakinya melangkah ke ruang tamu..
Setibanya dia dihadapan tetamu majikannya dia meletakkan cawan yang berisi racun arsenik di hadapan tunangan anak majikannya dan secawan untuk majikannya dan anak majikannya.. Sepantas kilat dia berlari ke dapur bila dia melihat isyarat mata yang diberikan puan baekhyun..
Puan baekhyun membuang rokoknya yang hanya habis separuh di atas meja.. Dia memeluk tubuh sambil memandang anak lelakinya dengan tunangannya..
"Minum... "Arah puan baekhyun..
Baekhyun enggan sebaliknya dia menolak cawannya dihadapan mamanya..
"Mama minum.. Baru baekhyun minum"arah baekhyun entah kenapa dia rasakan ada sesuatu dengan air yang terhidang dihadapan mereka..
Puan baekhyun tersenyum sinis lantas kucing kesayangannya yang diberi nama momo dipanggil.. Dengan sekali siulan kucing lincah itu berjaya masuk ke dalam pelukannya..
Bulu momo yang lebat diusap perlahan sambil menghirup teh yang dihulurkan baekhyun..
Dengan lagak angkuh puan byun meletakkan cawan yang sudah kosong di hadapan anaknya..
Walaupun dia melihat mamanya meneguk air yang terhidang dia tetap ragu.. dia melihat ji hyo yang sedang meletakkan cawan di mulutnya.. Pantas tangannya menepis cawan yang berisi teh sebelum ji hyo minum..
Bunyi kaca jatuh menarik perhatian kucing belaan puan byun..
Momo menjilat teh yang tumpah diatas lantai.. Tak sampai beberapa minit momo mengelupor diatas lantai.. Mulutnya berbuih dan badanya kejung..
Melihatkan itu mata ji hyo terbeliak dia segera bangun dan berjalan pantas keluar dari rumah yang tak patut dia kunjung..
Bila melihat anak lelakinya berlari keluar dia tersenyum sinis.. Dia tahu tindakannya tadi boleh disamakan dengan cubaan membunuh tetapi sebelum dia buat semua ini dia sudah menjangka yang ajak lelakinya tak kan biarkan tunangnya dianiaya.
"Yoona.. Ambil bangkai momo ni... "Jerit puan baek dia lantas bangun dan masuk ke biliknya.
☆☆☆☆☆
Walaupun kakinya masih sakit dia tetap berlari kerana dia tahu nyawanya terancam.. Ni bukan mak tiri cinderella ni pembunuh bersiri..
Kuat dan keras namanya dipanggil baekhyun dia tetap tak peduli apa yang perlu dia buat sekarang adalah lari..
Pagar yang berdiri megah dihadapannya ditendang sekuat hati maka bergegaslah pengawal yang menjaga pagar mendapatkan ji hyo yang sedang terhencut-hencut berlari keluar..
Jauh dari rumah keluarga baekhyun, kaki ji hyo mula terasa sakit namun dia tetap juga berjalan bila baekhyun mengejarnya dari belakang..
Baekhyun segera menarik tangan ji hyo kasar memaksa yeoja itu berhenti..
"Lepaskan.. Lepaskan... "Jerit ji hyo dia tidak kisah dimana dan dengan siapa dia bercakap... Walaupun baekhyun nampak terkejut dia tidak peduli..
"Jangan buat baek macam ni.. Tolonglah"rayu baekhyun sambil melutut di depan ji hyo.. Dia tahu tindakan mamanya betul-betul melampau tapi dia perlukan ji hyo disisinya.
Ji hyo mengelengkan kepalanya laju.. Kerja gila jika dia tetap bertahan di sisi baekhyun..
"Awak nampakkan apa yang terjadi tadi? Awak nak saya bagi reaksi apa? Senyum ketawa senang? Bila terang-terangan mama awak nak bunuh saya... Saya bukan jenis yeoja yang sanggup mati demi cinta.. Saya ada cita-cita saya tak nak mati dengan cara ini.. Tak kan itu pun awak tak boleh faham... Ini semua kerja gilalah baek.. Saya tak sanggup"terang ji hyo bersama linangan air mata.. Dia takut jika riwayatnya berakhir dalam duni fantasi..
ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)