Sejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
Tombol pintu dipulas lantas pintu dibuka sedikit,meninjau keadaan lay.. Tepat sekali sangkaannya lay sedang melukis... Dari jauh xiumin melihat lay yang sedang melukis gambar seorang yeoja tiba-tiba dia terimbau kembali kata-kata lay semalam.. "Hyung walaupun ini kedengaran Agak pelik tapi lay nak hyung tahu yang lay betul-betul percaya yeoja ini wujud"
Xiumin berdehem cuba mencuri tumpuan lay.. Tapi ternyata namja kelahiran China itu sedang mewarna langkah terakhir sebelum lukisannya siap.. Xiumin duduk dibirai katil memerhatikan lay yang masih lagi fokus melukis.. "Lay... "Panggil xiumin perlahan.. "Nae"jawab lay ringkas tangannya masih ligat melukis. "Cantik lukisan lay... Ni ke yeoja yang kerap kali lay mimpi? "Soal xiumin dia bangun sambil meneliti lukisan seorang yeoja yang sedang menoleh kebelakang menuju ke belakang langsir berwarna putih... Hanya terlihat sisi wajah yeoja itu membuatkan xiumin sedikit pelik. "Kenapa tak lukis gambar penuh? "Soal xiumin lagi. Lay meletakkan berus lukisan di dalam bekas lantas diambil marker pen berwarna hitam pertanyaan xiumin langsung dia tidak endah yang penting dia harus menyiapkan lukisan ini secepat mungkin.
Girl I don't know where you are but if you can hear my prayer give me one last hope
Maker pen ditutup dia tersenyum menampakkan lagi lesung pipitnya lantas lukisannya diusap kata-kata yang ditulis dihujung lukisan bersaiz 4r itu diulang sehingga mulutnya lenguh dia betul-betul berharap kali ini doanya betul-betul termakbul...
"Lay tak pernah nampak mukanya.. Dalam mimpi lay hanya melihat dia menoleh kesisi sambil tersenyum lepas tu dia hilang dibalik langsir.. Lay tak tahu apa petanda yang dia cuba tunjukkan tapi lay percaya yeoja ini akan jadi sebahagian dari hidup lay.. Terpulanglah pada hyung kalau hyung anggap lay ni gila ke apa.. Lay akan cari yeoja ni sampai dapat.. Lay nak tahu kenapa dia datang dalam mimpi lay.. Hanya itu yang lay nak tahu"luah lay menjawab segala pertanyaan xiumin..
"Walaupun dia berlainan dunia? Lay tetap akan cari dia? "Soal xiumin.. "Ye... "Jawapan ringkas dan padat dari lay buat xiumin terdiam dia lantas menepuk bahu lay.. "Hyung tak pernah menidakkan kepercayaan lay tapi jangan terlalu berharap yang yeoja ini akan muncul di depan lay.. Sebab hyung risau semua ini akan menganggu kehidupan lay.. Jangan terlalu berharap pada keajaiban.. " Lay menepis tangan hyungnya dia lantas bangun dan menatap mata xiumin. "Hyung pun sama macam yang lain tak pernah nak percaya kata-kata lay... " Sebelum keluar lay sempat melontarkan kata-kata yang buat xiumin terpana.. "Lay masih ada di dalam exo adalah satu keajaiban.. Itu je yang lay nak hyung ingat sampai mati... " Lay terus keluar sambil membawa lukisannya..dia perlu mencari ketenangan...
**************
Ji hyo gagahkan diri untuk bangun biar pun kepalanya terasa berat dan berdenyut tangannya yang masih berbalut dipandang inilah akibatnya bila suka menyakitkan badan sendiri.. Habis bengkak-bengkak tangannya bila dia cuba menghentikan kereta malam semalam.. Teringatkan semalam mata ji hyo terus segar..
Betul ke? Semalam aku jumpa pari-pari... Monolog ji hyo dalam hati... "Betullah.. "Sahut taehyung yang datang secara tiba-tiba bila perkataan pari-pari terlahir dari mulut ji hyo..
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.