✘CHAPTER 46✘

459 70 7
                                    

Minit terakhir sebelum konsert di kota jakarta berakhir di isi dengan satu segmen iaitu di mana exo dikehendaki menjawab beberapa pertanyaan daripada peminat. Sekeping kadboad yang diletakan dihadapan mereka dengan beberapa keping stiker note yang tergantung menjadi perhatian mereka. Ji hyo yang duduk disebelah lay mula melihat muka lay kerana dia tak tahu ada segmen sebegini dalam konsert yelah dia mana pernah ke konsert exo yang dia tahu exo hanya menyanyi dan buat fanservice itu yang dia tahu.

Pengacara yang diterbangkan khas dari korea seorang yeoja yang menguasai pelbagai bahasa itu menjadi perantara antara exo dan exo-l indonesia.

"Sebenarnya segmen ini adalah segmen baru memandang kita banyak terima permintaan peminat. Maka hari ini secara rasminya segmen ini akan diadakan setiap kali konsert. Dan untuk itu kita dah berjaya mengumpul beberapa cadangan dan kritikan daripada para peminat. Okay kita mulakan dari leader kita suho untuk cabut satu stiker note"pelawa pengacara itu.

Suho bangun dan mencabut stiker note berwarna merah yang sedari tadi. Suho duduk dan mula membaca coretan dari note yang diambil dia ketawa kecil sambil melihat ji hyo yang duduk di sebelah lay.

"Saya dapat stiker note daripada aulia... Dia tanya siapa yang paling rajin dan paling malas dalam exo... "Baca suho sambil matanya melirik pada ji hyo yang jelas kebingungan.

"Jawapannya...? "Soal pengacara itu.

"Jawapannya song ji hyo.. Dia yang paling rajin bila bab mengemas dan menguruskan keperluan di dorm dan dia yang paling malas dalam exo bila tiba bab bangun tidur sebab dia ratu air liur basi"ketawa terletus kuat bila dia lihat song ji hyo bangun dan mencekak lehernya kuat.

Kalau ikutkan hatinya yang panas nak je dia piat-piat telinga suho tapi mujurlah chanyeol bertindak cepat dengan mengheretnya duduk. Dia mengomel sendiri di tempat duduknya.tapak stadium riuh dengan hilai tawa daripada exo-l yang fikir mereka menghiburkan.

Giliran chen pula untuk mencabut kepingan stiker note.. Tanpa melihat atau membaca chen memilih stiker note yang berwarna putih.. Bila di kembali ke tempatnya dia mula membaca dan secara tiba-tiba air mukanya berubah sepenuhnya.

Pengacara mula mendekati dan turut membaca kirman peminat yang buat chen berubah air muka. Pengacara tergamam dia pun tak tahu nak bereaksi apa dia hanya serahkan pada chen untuk menjawab soalan peminat.

"Apa perasaan exo bila tao mengambil keputusan untuk tinggalkan exo.. Adakah exo rasa di khianati? Daripada taofan"perlahan tapi cukup buat exo dan tao terdiam dia tahu itu hanyalah satu pertanyaan daripada seorang peminat tapi mereka tak bersedia untuk jawab pertanyaan itu. Ia melukakan hati exo.

Pengacara diam exo diam dan peminat juga diam ada beberapa suara yang menjerit "khencana.... Khencana".
Tao menundukkan mukanya dia tahu dia salah dia tak berkecil hati tapi dia risau exo akan bersedih biar pun dia telah kembali ke exo.

"Kenapa nak rasa dikhianati pula? Kami tak rasa begitu malah true exo l juga berpendapat yang sama.. Kami tak pernah salahkan tao luhan dan kris yang mengambil keputusan untuk tinggalkan kami... Masa kami untuk bersama telah pun berakhir.. Jika mereka mahu disini mereka akan datang dengan sendiri... Kami hanya sahabat mereka kami tiada hak ke atas mereka"jawab kai dia bercakap bukan sebab dia dah berhenti berharap yang exo akan kembali macam dulu.. Tapi hidup kena melangkah kehadapan sampai bila mereka nak bersedih mereka perlu fikirkan perasaan exo-l sama jadi tak salahkan apa yang dia sedang buat.

Tao bangun kaca mata hitamnya ditanggalkan disisinya ji hyo sedang memegang tangannya erat.
"Empat tahun usia exo.. Dan selama itu macam-macam yang kami lalui kehilangan kris dan luhan gege... Tahun ni tahun yang sangat mencabar bagi saya dan exo.. Saya mengambil keputusan untuk tinggalkan exo bukan sebab selisih faham dengan exo.. Tapi saya buat keputusan ini kerana appa saya... Terpulang pada exo l untuk percaya saya ke tidak... Saya sedih bila sesetengah exo l menyalahkan exo atas pengunduran saya. Mereka tak salah saya yang salah. Dan saya huang zitoa yang berdiri disini sekali lagi adalah kerana kamu semua dan juga exo. Mereka cuba untuk pujuk saya pujuk papa saya supaya benarkan saya terus berada di sini mereka tak kisah bila mereka dimarahi appa saya. Dulu appa saya tak percayakan persahabtan tapi bila melihat kesungguhan ji hyo dan lay gege hati keras appa saya lembut. Dia yang mendesak saya untuk kembali ke exo dan saya disini atas semangat ji hyo dan lay ge... Terima kasih dan saya akan cuba untuk lebih setia... I'm very sorry and thank you"Ucapan tao berakhir dengan tepukan gemuruh daripada exo dan exo l manakala suho tidak kering dengan air mata.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now