✘CHAPTER 14✘

725 89 1
                                        

Lay mengheret bagasinya ke depan pintu dorm. Pintu dorm berkunci bermakna penghuninya keluar merayap lantas kocek beg sandangnya diseluk dan segugus kunci di ambil..
Sambil itu dia mula meliarkan matanya melihat kekiri ke kanan mana tahu ada sasaeng fan sedang bersedia mahu menyerang hendap jadi langkah berhati-hati perlu diambil sekarang manusia aneh-aneh yang yeoja pun dah berani buka langkah dulu apatah namja lagi dahsyat pucuk pangkalnya duduk di dunia yang semakin lama semakin aneh ni mata perlu awas, hati kena cekal dan mental kena kuat..

Bila pintu berjaya dibuka benda pertama yang dia nampak adalah garisan seakan garisan penamat dipenghujung larian dan boleh juga dipanggil garisan yang selalu dipotong bila ada perasmian sesebuah premis tapi kali ni garisan itu berada di depan pintu menghalang laluannya...
Pelik!! Sejak bila pula exo menyambutnya macam datuk bandar tak pernah dalam sejarah..

Lay mula binggung tanpa berfikir dia terus meragut garisan itu dan masuk ke dalam rumah.Suis lampu dibuka wow!! Hiasan dalam macam ada pesta besar-besaran siap ada meja buffet bagai set permainan game.. Belon dan kolam berenang mereka ditutupi dengan bola kecil..
Bunga berterabur di atas lantas lampu lap lip dipasang..
Ni sudah tentu bukan untuknya kerana sah-sah di depan matanya tertulis nama 'SONG JI HYO WELCOME BACK' beserta gambar yeoja misteri yang buat dia binggung.
"Siapa kau?? Adakah aku patut ikut rentak kau? Dan cari tahu siapa kau sebenarnya apa maksud kedatangan kau. Melalui apa kau datang adakah kau ahli sihir? Tapi masalahnya ada ke ahli sihir dalam dunia moden ni"lay mula membebel seorang diri tanpa sedar pintu depan dibuka seseorang..
"Hyung?? "....

☆☆☆☆☆

Ji hyo cuba menjarakkan dirinya dari baekhyun yang semakin creepy namun ruang sempit di dalam mpv itu membataskan pergerakannya tambahan pula kakinya bersimen dan dikanannya chanyeol sedang duduk sekaligus menghampit dekat dengan baekhyun..
Sampaikan minyak wangi yang digunakan baekhyun menyucuk hidungnya..

Suho yang mendengar pergerakan dibelakang mula menoleh dilihat muka ji hyo yang tampak tidak selesa.
"Yeol boleh tak jangan himpit ji hyo macam tu.. "Marah suho.
Chanyeol buat tak tahu sebenarnya dia sengaja menghimpit ji hyo dekat dengan baekhyun supaya mereka kembali rapat seperti dulu kerana sejak ji hyo dimasukan ke hospital hubungan baek dengan ji hyo macam orang asing dah tak lovey dovey macam dulu.
"Yeol hyung cakap sekali je.. Menurut atau... "
"Ye... Yeol menurut... "Chanyeol menyampuk dan menjarakkan sikit kedudukannya dengan ji hyo tapi jaraknya bukan ada beza pun.
"Suho oppa kita nak ke mana? "Soal ji hyo setelah hampir setengah jam dia duduk di dalam mpv.
"Ji hyo kena stay dengan kita orang dekat dorm sampailah simen dekat kaki ji hyo tu dibuka jangan risau kita orang akan beri privasi yang secukupnya untuk ji hyo.. Lagi satu oppa akan pastikan baek tak buat hal itu janji oppa"terang suho sambil melihat mata ji hyo dan baekhyun silih berganti.
"Dorm?? "Ji hyo pening lalat seram bercampur takut dia tak pernah duduk dengan ramai penghuni di dalamnya tambahan pula dia seorang je yeoja nak mati ke?..
"Ala ji hyo jangan risau tingkat atas tu semuanya untuk ji hyo dekat atas tu lengkap ada toilet dengan TV so ji hyo tak payah pening.. Lagi satu sementara ji hyo hiatus ni kita orang selalu busy dengan aktiviti dekat sm.. Kita orang tak selalu balik dorm"xiumin menambah lagi penerangan suho tadi bila melihatkan muka ji hyo nampak resah.

Ji hyo tersenyum lega bila mendengarkan penerangan xiumin tapi bila melihat sengihan baekhyun dia jadi cuak..
Kalau dulu sebelum dia terlibat dengan hajatnya dia betul-betul sukakan senyuman baekhyun tapi bila lihat depan-depan bulu roma tegak berdiri seramnya bertambah-tambah serius,rasa nak terjun je dari mpv ni.

Akhirnya setelah hampir satu jam berada di atas jalan raya yang penuh sesak itu mereka tiba juga diperkarangan dorm yang menempatkan 11 orang ahli exo.
Ji hyo teruja melihat keindahan banglo 2 tingkat yang selama ini hanya dilihat di dalam kaca televisyen tanpa sedar pintu sudah pun di buka..

Bermula dari kai sampailah yang terakhir iaitu xiumin turun dari mpv dan hanya tinggal dirinya dan baekhyun yang ditinggalkan sendirian di mpv.
"Ji hyo duduk sini kejap nanti kita orang ambil ji hyo jangan gerak ingat kaki kau tu bersimen"arah kai dia kemudiannya berlari mengikut hyungnya tinggalah dia dengan baekhyun di dalam mpv.

☆☆☆☆☆

Suasana janggal mula menyelubungi mereka..
Baekhyun berdehem beberapa kali bukan untuk menarik perhatian ji hyo tapi menghilangkan gugup berhadapan dengan tunangannya.
"Ji hyo.. Baek tahu ji hyo mesti tak ingat apa-apa pasal kita.. Baek tak kisah janji ji hyo tak lepaskan cincin ni lagi"baekhyun mengambil cincin yang dijumpai di tandas wad tadi dan disarungkan semula pada jari manis ji hyo.
"Baek tak kisah nak mulakan semula perhubungan kita sebab baek betul-betul sayangkan ji hyo. Baek janji tak kan buat benda-benda yang pelik yang buat ji hyo tak selesa asalkan ji hyo janji jangan takut nak dekat dengan baek"baekhyj bercakap sambil bermain dengan jari jemari ji hyo.

Ji hyo memandang baekhyun yang sedang menundukkan wajahnya dia jadi kasihan tapi dalam pada yang sama dia kena ingat realitinya mereka adalah orang asing jadi macam mana dia nak sesuaikan keadaan.
"Baek... Saya langsung tak ingat status kita dan perhubungan kita sebelum ni.. Jadi boleh tak.... "
"Okay ji hyo dah boleh turun"pintu mpv dibuka dan wajah suho kelihatan sekaligus mematikan dialog antara ji hyo dan baekhyun..

Ji hyo diam seribu bahasa kata-kata yang mahu dilontarkan akhirnya tersimpan kemas dihatinya.

☆☆☆☆☆

"Hyung.... "Sergah kai apabila melihat lay mahu menyuap cupcake ke dalam mulut.
"Wae?? "Soal lay cupcake yang mahu dimasukkan ke dalam mulut dirampas kai dan meletak cupcake itu ditempat asal.
"Kenapa pergi potong reben dekat depan tu.. Tukan untuk ji hyo, hyung ni"marah kai yelah penat mereka berhempas pulas untuk menceriakan ji hyo tiba-tiba musnah disebabkan reben yang mereka hias sedap-sedap dipotong.

Lay diam di pandang kai lama serius ke orang dalam rumah ni dengan yeoja misteri itu siap ada party bagai..
"hyung yang baru balik tak ada sesiapa pun nak sambut dengan yeoja yang kita tak tahu asal usul tu korang layan dia macam tuan puteri apa cerita ni?"lay mempersoalkan layanan exo padanya hati mana yang tak marah bila kehadirannya disini tidak dihargai..

Kai terdiam suho dan xiumin yang terdengar kata-kata lay juga turut terdiam
Mujurlah mereka minta ji hyo tunggu diluar kalau tidak mesti ji hyo kecil hati.

Mereka diam seribu bahasa kemudiannya lay mengeluh perlahan bila dia sedar dia tak patut berkata begitu.
"Mianhae.. Mianhae"ucap lay perlahan bila dia sedar dia sedang bercakap beserta egonya.

Bunyi kerusi roda ditolak mengalihkan tumpuan mereka..
Lay yang tadinya menundukkan wajahnya segera mengangkat muka bila mendengar seretan kerusi roda..

Bila terpandangkan wajah yeoja misteri yang selalu disebutnya lay terpana..jantungnya berdegup
Yeoja itu orang yang sama yang dijumpainya di cafe dan di fanmeeting..
Dan yeoja itu bernama song ji hyo..
Takdir apakah ini??

Tanpa sedar mereka bertentangan mata...


DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang