✘CHAPTER 40✘

407 59 4
                                        

Mata song ji hyo bulat memerhati satu persatu ahli exo yang masing-masing memilih diam dari bersuara.. Muka mereka jelas kelihatan yang mereka tergamam tidak tahu nak kata apa.. Selama ini mereka melayan tao baik seperti adik kandung mereka sendiri.. Bergurau, ketawa menangis kan perkara biasa yang selalu di lakukan oleh keluarga. Selama ini mereka tidak pernah dengar satu keluhan pun yang keluar dari mulut tao. Malah lay yang begitu rapat dengan tao pun enggan membuka mulut puas suho memujuk tapi jawapan lay tetap sama.. Dia dah berjanji untuk rahsiakannya daripada pengetahuan ahli exo yang lain.

"Kenapa semua diam.. Kenapa tak ada satu pun yang kejar tao? "Jeritan song ji hyo kuat memenuhi ruang tamu yang senyap sunyi dari tadi. Song ji hyo bercekak pinggang memandang suho.
Tetapi suho haya diam merenung lantai.

"Dia nak pergi kita boleh buat apa? "Jawab chanyeol seolah-olah merelakan pemergian tao. Dia tahu dia kedengaran seperti itu tapi jauh disudut hatinya dia sedih tapi rasa sedihnya ditutup dengan kemarahannya pada tao yang bertindak membelakangi mereka.

"Itu je ke jawapannya? Ha? Selfish"jawab ji hyo nadanya tinggi marahnya betul-betul sudah sampai ke kemuncak dia tidak peduli.. Dia mahu sedarkan exo jika mereka tidak menahan tao daripada pergi mereka akan kehilangan tao buat selama-lamanya.

"Stop!Sudahlah ji hyo,chanyeol jangan bergaduh"suho bangun berdiri ditengah-tengah ketegangan antara ji hyo dan chanyeol walaupun dia sedih dia kena juga menegah ji hyo dan chanyeol daripada bergaduh.

"Hyung yang yang patut berhenti manjakan dan ia kan saja kata-kata dia.. Dia tak layak gelar kita selfish ini bukan salah kita... "Jawab chanyeol kalau ji hyo menengking dia pula memilih untuk menggunakan kata-kata sinis dia tidak peduli.

"Song ji hyo.. Park chanyeol.. "Jerit xiumin selaku ahli paling tua dalam exo.. Dia memang pendiam tapi bila dia mula menyebut nama penuh ji hyo dan chanyeol bermakna sabarnya sudah melampaui batas.

Baik ji hyo mahu pun chanyeol terus terdiam dan menundukkan kepala mereka.
"Macam ini ke korang semua selesaikan masalah.. Bertekak sampai esok pagi...ingat boleh buat tao ubah fikiran ke? Ji hyo jaga kelakuan chanyeol lebih tua dari ji hyo.. Duduk dan kita bincang... Jangan sampai hyung hilang sabar.. Arreso"tegas xiumin dia kembali duduk bila dia lihat ji hyo dan chanyeol akur dengan arahannya.

"Masalah sekarang kenapa dengan tao? Lay tolonglah tak kan sampai sekarang pun lay nak berdiam diri.. Lay tak kesiankan kami ke? "Soal xiumin dipandang lay yang diam duduk disebelah chen.

Lay meramas jari jemarinya, matanya ditutup lama. Bibir bawahnya digigit perlahan dia sedang menimbangkan sama ada dia mahu melanggar janjinya dengan tao atau pun menyimpan semuanya. Tanpa sedar sudah lima belas minit berlalu dan dia masih berperang dengan dirinya sendiri.

Tiba-tiba ji hyo bangun.
"Ji hyo akan cari tao dan bawa dia balik pada exo walau dengan cara apa sekali pun.. Walaupun ji hyo sendirian"ji hyo berpaling... Tapi kata-kata lay buat dia berhenti daripada berjalan.

"Tao terpaksa buat semua ini... Sejak dari mula lagi dia tidak dibenarkan ke korea.. Tapi dia degil dia memilih untuk teruskan impiannya walaupun dia tiada sesen pun dalam kocek. Keluarganya menyekat wang bulanannya kerana memilih untuk bersama kita.. Sampailah sebulan yang lepas papanya jatuh sakit dan dari situ tao mula ubah fikiran tambahan lagi dia dilayan teruk oleh syarikat...tao tiada pilihan lain..... "Jelas lay walaupun hanya separuh saja yang diceritakan dia lega.

"Tempat tao disini dan ji hyo akan kembalikan tao pada exo.. Itu janji dam sebab ji hyo ada disini"jawab ji hyo.

"Oppa ikut"sahut baekhyun.
"Oppa ikut.. Oppa akan yakinkan tao"sahut lay
"Aku ikut"sahut sehun juga.

Ji hyo tersenyum dan dalam pada yang sama dia rasa bersalah sebab menuduh mereka pentingkan diri.

"Oppa ji hyo minta maaf sebab cakap oppa semua ni pentingkan diri.. Mian"ji hyo menunduk hormat atas kesalahannya.
Xiumin dan suho serentak bangun.. Tangan kanan suho diletakkan diatas di bahu kanan ji hyo, manakala tangan kiri xiumun diletakkan di atas bahu kiri ji hyo. Tanpa kata mereka memberikan sokongan dengan senyuman mereka.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang