✘CHAPTER 19✘

573 82 2
                                        

Puan byun termenung jauh sambil melihat pemandangan kota seoul waktu pagi.. Nyaman dan segar tapi otaknya terfikirkan masa depan anaknya.. Anak yang dulu dijaga penuh kasih sayang kini meninggikan suaranya demi seorang yeoja yang baru dia kenal.. Anak yang sekarang ini,degil tidak mahu menurut katanya berani melawan kata-katanya demi mempertahankan yeoja yatim piatu itu.. Hilang akal dia jadinya..

Puan byun mengeluh kuat,rokok yang tinggal separuh dibuang melalui jendela.. Kuku yang dicat berwarna warni itu ditenung lama.. Dia tersenyum sinis bila mengenangkan pertengkaran dia dengan anaknya tadi.
Dia sendiri tak tahu kenapa dia sanggup cakap kemalangan itu berpunca darinya padahal dia hanya mahu menakutkan anaknya .sejahat-jahat dia.. Dia tidak pernah lagi mengotorkan tangannya dengan membunuh dia tak kan pergi sejauh itu. Dia hanya mahu menggertak anaknya itu saja.

Macam-macam cara dia guna untuk memisahkan anaknya dengan song ji hyo tapi semuanya berpatah balik padanya. Dulu dia meletakkan pil tidur diminuman ji hyo tapi berakhir dengan dia yang minumnya sendiri. Lepas tu camera yang dilekatkan di kereta song ji hyo dengan niat nak dengar berbualan yang ji hyo kalau-kalau dia bercakap buruk pasalnya.. Tetapi berakhir dengan rakaman itu dipulangkan sendiri oleh song ji hyo. Dalam kelembutan yeoja itu dia berjaya buat semuanya nampak tak kena.

"Argh!!!!! "Jerit puan byun kuat lantas dia mengambil gelas yang berisi wain dan dihempas ke lantai.. Serpihan kaca yang berselerak itu kemudian dipijak biar pun kakinya berdarah dia sedikit pun tidak terasa sakit.

☆☆☆☆☆

Kereta bmw yang dipandu lay berhenti di bahu jalan dan tali pinggang keselamatan dilepaskan kemudian dia memandang song ji hyo yang sedang termenung. Dia berdehem.
"Ji hyo oppa nak beli minuman dan makanan untuk oppa yang lain ji hyo nak kirim apa-apa tak? "Soal lay kemudian tab di ambil dari beg sandangnya dan diberikan pada ji hyo.
"Pegang tab ni.. Lepas oppa keluar pastikan pintu jangan dibuka sesuka hati.. Kalau ada apa-apa call oppa arreso? Nak kirim apa-apa tak? "Soal lay lagi bila ji hyo masih belum menjawab pertanyaannya.

Ji hyo gigit bibir bawahnya masih berkira-kira mahu meminta tolong dari lay malu bercampur segan semakin menyesakkan kepala otaknya.. Tetapi dia perlu luahkan juga kalau tak malu setahun dia bila dia melepas di kereta milik lay..
"Er.. Oppa nak sampai sm lama lagi tak? "Soal ji hyo kakinya dikepit bila dia betul -betul tidak tahan mahu membuang air kecil.
"Aar.. Lama lagi,perjalanan kita lagi satu ada empat traffic light yang kita kena redah.. Wae? "Soal lay lagi bila dia terasa keretanya bergegar sedikit kerana pergerakan kecil ji hyo.

Ji hyo hanya tersengih mukanya berbahang panas walaupun mereka masih berada di dalam kereta.
"Ji hyo nak ke toilet tapi dengan keadaan ji hyo yang macam ni mustahil... "
"Ok.. Oppa faham.. Macam ni oppa pergi beli snack lepas tu oppa balik papah ji hyo ke toilet... Boleh tahan tak? "Soal lay prihatin tali pinggang ji hyo ditanggalkan.
Ji hyo mengangguk laju dan ibu jarinya ditunjukkan pada lay memberi petanda yang dia masih boleh menunggu..
Lay tersenyum lantas dia keluar dari kereta meninggalkan ji hyo sendirian di dalam kereta...

Ji hyo menghitung angka walaupun hitungannya sudah sampai 40 kali bayang-bayang lay masih tidak kelihatan dan dia sudah tidak tahan mahu ke toilet.

Lantas pintu kereta dibuka.. Kepala dijengah keluar dia terdiam bila melihat perilaku lay.. Hatinya terusik..

☆☆☆☆☆

Sambil bersiul lay berjalan penuh santai menghampiri kereta.. Di tangan kiri kanannya penuh dengan beg plastik yang berisi makanan dan minuman namun kakinya terhenti apabila dia melihat dua orang kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian lusuh dan muka mereka nampak kotor sedang duduk ditepi bus stop sambil memegang tin kosong. Seorang memegang tin dan seorang lagi sedang berbaring beralaskan kotak.


Lay berhenti beg plastik dikiri kanannya diletakkan ketepi dia memandang muka kanak-kanak itu simpatinya tumbah.. Air matanya mengalir setitik demi setitik lantas penutup mulut diturunkan..
"Adik comel ni buat apa dekat sini? "Soal lay sambil membantu budak perempuan yang berbaring tadi..
"Oppa.. Adik saya dah seminggu demam ,pomma appa sakit dekat rumah.. "Jawab budak perempuan yang sedang memegang tin kosong itu..

Lay diam lantas beg dompetnya dikeluarkan.. Kesemua wang yang berada di dalam beg dompetnya di ambil dan diletakkan di tin kosong budak perempuan itu..
Beg plastik yang dibawanya tadi juga diberikan pada kedua budak perempuan itu, tanpa kata lay bangun belum sempat lay melangkah pergi budak perempuan yang nampak lesu tadi menggenggam tangan lay kuat..
Lay berpaling.. Mulut budak itu bergerak-gerak lay mendekatkan telinganya dimulut budak kecil itu..
"Oppa.. Unnie yang ada dekat dalam kereta oppa adalah takdir oppa...... "Bisik budak perempuan itu.
Lay diam dipandang kedua mata budak perempuan itu.. Budak perempuan itu mengangguk dan mengusap pipi lay berlahan.

☆☆☆☆☆

Ji hyo cepat-cepat menutup pintu kereta apabila lay semakin menghampiri.. Dia berpura-pura menelek tab yang diberikan lay tadi. Pintu dibuka dan lay mengangkatnya duduk dikerusi roda..
Kemudiannya kerusi roda ditolak masuk ke dalam toilet perempuan.. Selebihnya di biarkan ji hyo masuk mujurlah ada beberapa yeoja yang membantu ji hyo masuk ke dalam toilet..

Lay mengorak langkah keluar dari laluan toilet dan bersandar di dinding berhampiran toilet yeoja.. Dalam pada menunggu lay sempat bermain dengan telefon bimbitnya..
Namun dia sedikit tersentak apabila mendengar beberapa orang yeoja menyerbu toilet dengan masing-masing memegang kamera..
"Palli aku dengar ji hyo exo ada dekat dalam tu.. Palli"jerit seorang yeoja sambil memimpin tangan rakannya yang lain.
Lay bersembunyi di balik dinding takut-takut dia pula dikejar..
Dia cepat-cepat mendail nombor telefon untuk tab yang dipegang ji hyo tadi.. Namun panggilannya tidak berjawab dia risau keadaan ji hyo di dalam..

Ji hyo menghentak pintu sekuat hati bila pintu tidak boleh dibuka.. Dia jadi takut bila ada pancaran kamera dari celahan pintu. Dia segera berpaling dan cepat-cepat mencari nombor telefon lay.. Dan dia cepat-cepat mendail.

Panggilannya bersambut..
"Oppa.. Tolong dia orang rakam ji hyo dalam toilet palli"jerit ji hyo bersama esakkan

Panggilan di matikan dan lay menahan amarah apabila dia melihat bukan saja yeoja yang berasak di hadapan toilet dimana ji hyo berada namja juga turut berada disitu.
Mereka bukan saja memegang kamera tetapi juga merakam secara live..

Lay kemudiannya menghampiri peminat yang sedang galak mengambil gambar .lantas kamera mereka dirampas lay..
"Hentikan rakaman dan pergi dari sini.. Ji hyo perlukan privasi.. Korang semua dah melampau.. Saya ulang.. Hentikan rakaman"jerit lay tangannya menepis telefon bimbit seorang yeoja yang cuba merakam aksinya Marahnya sudah tidak dapat dibendung bila dia mendengar tangisan ji hyo di dalam..
"Wae?? Ji hyo tu hak kau ke.. ?isteri kau? Ke perempuan simpanan ka.. "Penumbuk hinggap di pipi namja yang berani melantarkan kata-kata yang berjaya buat dia menumbuk peminatnya sendiri sabarnya ada batas mujurlah namja itu berlari keluar sebelum dia betul-betul membunuh dihadapan peminatnya..

Lay mengetuk pintu toilet.
"Ji hyo ni oppa.. Buka pintu kita keluar dari sini"
Perlahan-lahan pintu di buka lay terus mendukung ji hyo keluar dari toilet. Dan berlari keluar sepantas mungkin sebelum masalah menjadi lebih besar..

Kereta dipecut laju sambil itu tangannya mengenggam tangan ji hyo mukanya betul-betul nampak risau..
Nombor baekhyun di dail dan telefonnya dilekatkan ditelinganya.
"Baekhyun kau dekat mana?? Datang cepat ji hyo perlukan baek "panggilan dimatikan.. Kereta terus dipecut laju membelah kesesakan bumi seoul dalam hatinya dia berharap yang baekhyun dapat menenangkan ji hyo.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang