Song ji hyo dan taehyung kini berdiri ditengah taman permainan yang kosong.. Dipandang taehyung yang sedang memandang buaian yang terbuai akibat angin yang menderu..
"Taehyung.... "Panggil ji hyo perlahan.
"Kalau awak nak tahu kenapa semua ini terjadi pada awak.. Awak mesti kena ingat tempat ini.. Kerana semuanya bermula disini"jawab taehyung walaupun ji hyo tidak menyoalnya.
Ji hyo diam dia memerhati sekeliling taman permainan yang sangat asing baginya entah kenapa dia rasakan yang dia pernah ke tempat ini tetapi bila cuba di ingat otaknya seakan gagal berfungsi.. Sekali lagi dia memandang taehyung..
"Aku tak ingat apa-apa pun pasal tempat ini"jawab ji hyo.
"Tu budak tu.. Mesti awak ingat"taehyung menuding jari pada seoarang budak perempuan yang sedang berlari anak mendekati buaian...
"Tu aku... "Jawab ji hyo dia mendekati budak perempuan yang dimaksudkan taehyung... Dia yakin itu dirinya tapi dia tak pasti dia berumur berapa ketika itu...
Tangannya mahu mengapai tangan ji hyo kecil tetapi sayang tangannya tidak mampu memegang apa-apa seakan-akan dia adalah roh..
"Dekat sini awak tak boleh sentuh apa-apa....ji hyo tengok tu"jari taehyung menuding kearah pagar yang memagari taman permainan itu dimana seorang budak lelaki yang dalam perkiraannya sudah masuk 7 tahun... Budak lelaki itu bermata sedikit sepet dan berlesung pipit sedang curi-curi memandang ji hyo kecilnya..
Siapa budak lelaki itu?..
"Siapa dia? "Soal ji hyo dia mendekati budak lelaki itu pula dia cuba amati siapa agaknya budak lelaki itu... Dia tidak pernah kenal budak lelaki itu.
"Awak percaya cinta pertama? "Soal taehyung dia memandang ji hyo yang sedang leka memandang budak lelaki itu.
"Kalau aku cakap aku tak percaya? "Jawab ji hyo.
"Awak cinta pertama dia dan dia adalah zhang yixing"jawapan taehyung buat ji hyo terdiam dia termenung jauh dia tidak percaya dengan kenyataan yang berada di depan matanya sekarang..
"Kau tipu aku kan? Kenapa aku tak pernah ada memori macam ni.. Aku tak pernah ingat pun aku pernah ke taman ini? Apa pula kali ni taehyung sudah-sudah lah dengan kenyataan mengarut kau ni.. Kewujudan kau pun satu benda yang mengarut lagi kau nak aku percaya semua ini!! Ha! Taehyung... Seriusly semua ni buat aku rasa yang duduk di rumah dengan mama lisa lagi baik dari aku duduk di dunia yang aku tak patut berada.. Kau buat aku bermandikan air mata setiap hari.. Boleh tak aku nak hentikan semua ini.. Aku nak pulang ke tempat di mana aku berasal... Berada di dekat exo memang satu impian bagi aku yang minatkan mereka tapi sebagai manusia biasa aku tak larat aku tak kuat bila semuanya tak seperti yang aku bayangkan.. Tolonglah taehyung aku nak hentikan semua ini"rayu ji hyo dia pasrah hatiya jadi rapuh bila dia terpaksa melalui satu lagi episod yang penuh tanda tanya..
"Bukan saya yang paksa awak untuk pilih jalan ini... Ini semua kehendak awak.. Awak tak boleh patah balik awak kena teruskan juga sampai penghujungnya.. Saya tahu awak tak kuat tapi ini jalan yang awak pilih.. Awak kena berani hadapinya.. Dan pasal zhang yixing saya ada sesuatu nak tunjuk pada awak"tangan ji hyo digenggam dan mereka hilang....
Mereka berdiri ditengah kelas yang terdapat beberapa pelajar yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan mereka dan salah satunya ji hyo kenal... Ia adalah dirinya ketika dia masih dibangku sekolah... Ketika itu dia sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan yang diberikan guru science mereka..
Taehyung menarik tangannya dekat dengan tingkap yang berada di belakang kelas.. Dia terkejut kerana terdapat seorang lelaki sedang memerhatikannya sambil memegang sekeping surat..
Lelaki itu seperti dia pernah lihat..
"Itu zhang yixing? "Soal ji hyo bila dia melihat lesung pipit di pipi lelaki itu.
Taehyung mengangguk..
"Jadi......? "Soal ji hyo.
"Zhang yixing adalah pelajar pertukaran dan hari ini hari terakhir dia disini sebelum dia pulang dia mahu berjumpa dengan awak buat kali terakhir tapi sayangnya dia tiada keberanian.. Dia nak luahkan perasaannya pada awak tapi awak seorang yeoja yang sukar di dekati dan itu membuatkan Dia pulang ke china dengan cinta yang dia simpan seorang diri... Dan sekarang korang berdua ditemukan semula dengan cara yang sangat berbeza... Tapi zhang yixing masih punya cinta yang sama untuk awak... "Jelas taehyung..
ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanfictionSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)