✘CHAPTER 10✘

736 103 8
                                        

Lagi 15 minit jam tepat menunjukkan pukul 12 malam tetapi taehyung masih lagi tidak memunculkan diri.. Dikesempatan itu Song ji hyo duduk bersila di tengah-tengah bilik sambil merenung biliknya yang kosong... Pensil diambil lantas dia mula melukis sesuatu diatas permukaan kertas.. Sebenarnya dia langsung tiada bakat melukis tapi bila dia bosan dengan asignment yang berlambak dia akan melukis diatas kertas kosong..

Dari logo exo.. Song ji hyo melukis nama kesemua ahli exo dalam hangul.. Dia tersenyum sendiri bila dia teringat balik permintaannya pada taehyung pagi tadi..entah kenapa dia tak terfikir pun nak minta permintaan lain setakat ini..tetapi bila melihat taehyung seakan memaksanya permintaan itu datang secra tiba-tiba...biarlah..dia tak mahu fikir hal lain..jdia jadi kasihan bila melihat taehyung sedih mengenangkan keluarganya..

Song ji hyo tersenyum lantas lukisan tadi diambil dan dilekatkan di dinding.. Sambil itu dia melirik jarum jam masih berbaki 5 minit jam akan menunjukkan pukul 12 malam...
Ji hyo membuka sedikit tingkap ingin merasai angin malam.. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas..
Malam ini anginya lain macam sikit.. Dan angin ini buat dia rasa tenang tambahan pula keluarga tirinya tidak ada dirumah jadi.. Rasa ketenangannya berlipat kali ganda..

"Awak dah sedia.. "Tegur taehyung secara tiba-tiba dari arah belakang...
"Sedia?? Maksud kau? "Soal ji hyo..
"Bersedia untuk melaksanakan hajat awak? "Jawab taehyung...
Ji hyo makin bingung...
"Laksanakan hajat? Bukan ni semua kerja kau ke? "Soal ji hyo lagi.
"Tak tu bukan tugas saya.. Saya bukan pari-pari yang memenuhi hajat seseorang yang ingin menukar sejarah.. Awak memilih untuk menyatukan exo yang telah ditakdirkan berpisah.. Dan untuk itu awak sendiri yang kena buat semuanya sendiri pastikan mereka bersatu kembali... Dan tugas saya.. Hanya memberi awak jalan.. "
"Dengan?? "Soal ji hyo..

Taehyung tersenyum dia mengerakkan tangannya mengelilingi badan ji hyo..
Dan dalam sekelip mata pakaian ji hyo sudah bertukar menjadi pakaian hospital??
"Kenapa aku kena pakai pakaian hospital ni ?kau jangan macam-macam taehyung"soalan ji hyo tidak di endahkan taehyung, malah dia memaksa ji hyo menutup mata menggunakan kedua belah tangannya..

"Buka mata awak.. "Arah taehyung..
Bersama hembusan angin song ji hyo membuka matanya.. Dia terlopong bila dia tidak lagi berada di biliknya dia berada disebuah taman yang dipenuhi dengan bunga mawar putih dan dia berada di atas tangga yang paling tinggi menghadap sebuah pintu yang terbuka sedikit...

Taehyung mengapungkan badannya mengelilingi ji hyo
"selesaikan tiga perkara.. dan kembali ke alam nyata jika tidak kau akan hilang dari dunia ini malah kewujudan kau juga tiada siapa yang tau"..taehyung bersuara dengan mimik mukanya yang serius...
"tiga perkara? "Soal ji hyo bersama debaran ,dia masih tidak tahu untung nasibnya nanti malah dia sendiri tak tahu apa yang dia lalui sekarang ini.. Dia seakan hidup di dunia dongeng yang selalu appanya cerita ketika dia kecil..
"kesetian.. persahabatan. dan penolakan.. "Jawab taehyung dia menatap anak mata ji hyo..
"baiklah aku akan laksanakan tugas itu dengan mudah asalkan exo bersatu kembali dan aku akan pulang dengan selamat"jawab ji hyo yakin.. Ya.. Dia akan pastikan dia akan pulang dengan selamat..

Pintu di hadapan song ji hyo terbuka sedikit dan song ji hyo mengintai sedikit apa yang berada disebalik pintu itu.. Tapi ternyata hanya ada kegelapan saja..
Sebelah kaki ji hyo melangkah masuk tetapi bila tangannya disentuh dia berhenti dan menoleh ke belakang..
".. sejarah tidak boleh diubah kerana ia sudah berlaku.. Dan saya harap awak dapat pulang dengan selamat... Selamat berjaya... "Taehyung memberi kata semangat dengan menyelitkan sedikit Amaran buat ji hyo.. Tetapi bila melihat song ji hyo sudah pun melangkah masuk ke dalam pintu yang memisahkan kehidupan song ji hyo yang dulu taehyung mengeluh...
"Ji hyo kau buat keputusan yang salah.. Aku takut kau tak mampu hadapi takdir kau"kata hati taehyung buat taehyung resah kerana dia pasti hidup ji hyo tidak akan sama macam dulu dia takut ji hyo menyiksa dirinya sendiri tapi ini semua takdir yang tertulis untuk song ji hyo..

☆☆☆☆☆

Kai dan suho memasukkan sup herba di dalam bekas plastik yang telah diatur diatas meja.. Kai mengambil nasi dan diletakkan di dalam bekas plastik yang lebih kecil kemudian dia menutup rapat bekas plastik itu..
Kedua nampak sibuk bila mereka fokus menjalankan tugas mereka.
Suho menghulurkan kek beras yang dipotong kecil pada kai dan kai memasukkannya di dalam bekas plastik yang lain.. Bunyi bising di dapur membuat tao yang berada diruang tamu..sedikit terganggu dia kemudiannya masuk ke dapur..
"Lah tak siap lagi.. Dah pukul berapa ni? "Soal tao dilirik jam tangannya dia takut jika mereka lambat ke hospital tentu peminat mereka akan menyukarkan pergerakan mereka masuk ke hospital...

Lay yang baru lepas mandi masuk ke dapur dan dia sedikit bingung bila melihat kai dan suho bertungkus lumus memasukkan makanan di dalam bekas plastik seperti mahu berkelah lagaknya...
"Korang berdua nak pergi mana? "Soal lay rambutnya yang basah dilap berlahan menggunakan tuala..
"Nak ke hospital"jawab suho ringkas tangannya ligat memasukkan bekas-bekas plastik berisi makanan itu di dalam beg kertas...
"Siapa masuk hospital? "Soal lay...
"Ji hyo... "Jawab tao ringkas..

Lay bingung siapa pula ji hyo yang disebut tao..
"Ji hyo? Siapa dia? Kenapa kita kena lawat dia"soal lay bertubi-tubi setahunya mereka tak ada kenalan yang bernama ji hyo..
",maknae kitalah song ji hyo"jawab suho...
Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali... Ni mesti otak lay dah beku sebab tu dia tak ingat siapa song ji hyo..

"Kai sambung kerja hyung... Hyung nak pergi cuci otak hyung kau ni "arah suho dia lantas menolak tubuh lay keruang tamu seterusnya kedinding yang menampal gambar mereka bertiga belas.

Lay terpana bila dia melihat gambar yang selama ini dilihat hanya ada dua belas orang kini bertambah satu orang.. Seorang yeoja...?? Eh.. Kenapa dengan hari ini bukan sepatutnya exo ada dua belas orang jeke? Mana datangnya ji hyo yang disebut suho, kai dan tao tadi... Dia bertambah bingung...

Suho mengeluh entah untuk keberapa ratus kali agaknya dia kena ingatkan lay yang mereka ada seorang maknae yeoja dia dalam kumpulan mereka..
"Nama dia song ji hyo.. Berumur 21 tahun lebih muda dari sehun dan dia maknae dalam kumpulan kita.. Dan memegang posisi rapper dalam exo... Dua minggu lepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya masa nak ke sm.. dan dia koma dekat hospital Korea University Medical Center.. "Ulas suho panjang lebar.. Setiap hari rutin hariannya ialah mengingatkan lay siapa itu song ji hyo...

Lay terdiam bukan cuba mengingat siapa itu song ji hyo tetapi dia terfikir... Kenapa muka yeoja itu macam dia pernah lihat sebelum ini.. Dan kenapa suho dan yang lain berfikir yang yeoja ini sebahagian dari exo.. Kerana dia pasti yeoja itu tidak pernah wujud sejak dari mula lagi... Apa sebenarnya semua ini...

Malas melayan lay suho beredar meninggalkan lay seorang diri diruang tamu..
Dikesempatan itu lay kembali melihat koleksi gambar yang ditampal di dinding rumah mereka...
Gambar kemenangan mereka yang pertama disitu ada yeoja yang disebut suho tadi.. Gambar ketika mereka memegang konsert pertama mereka... Sampailah gambar ketika kris dan luhan keluar dari exo.. Semuanya ada muka yeoja itu..
"Siapa kau? Kenapa kau hadir dalam kehidupan kami? "Monolog lay dalam hati....

Dari jauh taehyung melihat lay... Seorang namja yang boleh melihat sesuatu yang orang lain tidak boleh lihat iaitu kewujudan ji hyo...

[harap2 fahamlah ye... 😀😊]

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang