Buat kali yang keberapa dalam beberapa minit song ji hyo tidak putus-putus menoleh kebelakang menanti keajaiban buat mereka sekali lagi. Walaupun dia dah mengikhlaskan segalanya tetap juga dia menaruh harapan yang tinggi pada tao untuk kembali ke exo.. Kalau tidak bagaimana dengan nasibnya.
Lay tahu ji hyo menunggu tao tapi pesawat yang bakal dinaiki telah pun memberi arahan untuk mereka bergerak ke Balai berlepas.. Mereka menaiki kapal terbang terus ke jakarta... Memandangkan itu yang diarahkan oleh suho kalau tidak mereka masih mahu berada di sini. Dia berniat mahu mempertemukan ji hyo dengan keluarganya tapi dia tiada kesempatan itu. Perlahan tangan ji hyo ditarik memaksa yeoja itu untuk berjalan.
Tiba ditempat duduk mereka ji hyo mengambil tempat duduk ditepi tingkat pesawat manakala dia meminta diri untuk ke bilik air.
Pintu bilik air ditutup perlahan kotak cincin berwarna biru dikeluarkan dari dalam kocek seluarnya.. Dia tersenyum dipandang raut wajahnya dicermin dia nampak bahagia mungkinkah ini adalah kebahagian untuknya?.
Dengan langkah berani lay keluar dari bilik air senyuman yang berjaya buat beribu peminat cair dengannya digunakan untuk song ji hyo. Lay terdiam bila dia lihat song ji hyo sudah pun terlena ditempat duduknya. Dia mengeluh dan duduk di sebelah ji hyo. Penutup mata yang dipakai ji hyo ditarik kebawah mana tahu song ji hyo pura-pura tidur.. Tapi ternyata yeoja itu betul-betul tidur dengan pakej berdengkur halus lagi. Lay ketawa dahinya diurut perlahan, tangan kanan ji hyo ditarik.. Ditenung lama tangan ji hyo.. Tangan yang sedikit kasar dan putih itu buat lay kagum mungkin song ji hyo sudah terbiasa didapur membuatkan tangan yeoja itu keras itu apa yang dilihatnya ketika song ji hyo bersama mereka.
Kotak cincin berbaldu biru berjenam terkenal itu dibuka perlahan. Cincin beremas putih bertahtahkan belian itu di ambil dari kotak dan dicium perlahan. Di sarungkan di jari manis ji hyo lantas tangan ji hyo dicium lama.
Song ji hyo yang terbangun daripada tidur tersentak bila terasa tangannya sejuk seakan benda sejuk dilekatkan di tangannya. Penutup mata dibuka dan dia terkejut bila melihat lay sedang mencium tangannya.. Dia menoleh ke kiri ke kanan sebelum kepala lay diluku kuat.. Mulutnya mengomel tangannya dikesat menggunakan bajunya.
"Yah! Kenapa ketuk kepala oppa? "Soal lay tidak puas hati yelah percuma je kena ketuk di kepala.
Ji hyo mengetap giginya lantas telinga lay ditarik supaya dekat dengannya. Dia berbisik.
"Oppa gila ke? Macam mana kalau sasaeng fan nampak tak jadi tajuk utama berita ke? Fikirlah sikit... By the way thanks you for the ring.. "
"Bwo...??? "
Plot twist yang terjadi buat lay geram dia ingat ji hyo akan menjerit memarahinya tapi ternyata yeoja itu ingin memuji cincin pemberiannya rasa macam bercinta dengan alien.. Yelah reaksi ji hyo tak macam yang selalu dia lihat di kaca TV.. Dia betul-betul yeoja luar biasa. Lay tersenyum bila dia lihat ji hyo kembali ke posisinya.
Di kesempatan itu lay cuba untuk bermanja dengan ji hyo memandang tempat yang mereka duduki hanya ada empat pasangan warga tua yang sedang lenyak tidur. Lay melentokkan kepalanya di bahu ji hyo... Hanya setakat 1 minit saja kepalanya dilentokkan di bahu ji hyo kerana ji hyo menepis kepalanya perlahan.
Dia marah bila melihat jari telunjuk ji hyo bergerak ke kiri ke kanan memberi isyarat anda di larang bermanja di sini. Penyudahnya lay hanya berpeluk tubuh dan menyumbat telinganya dengan ear phone.
Dalam pada yang sama selang beberapa tempat duduk di belakang terdapat seorang namja yang memakai jaket hitam.. Bertopeng mulut dan berkaca mata hitam sedang memerhatikan pasangan yang baru saja bercinta itu. Dia tersenyum senang.
☆☆☆☆☆
Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta
Lapangan terbang jakarta dipenuhi dengan ribuan peminat yang datang daripada pelbagai negara buat ji hyo melopong dia berfikir mental exo terlampau kuat sampaikan mereka terbiasa dengan suasana huru-hara di setiap lapangan terbang yang mereka jejaki. Baginya pula dia tidak sukakan keramaian orang kepalanya akan pening dan dia rimas dengan semua ini mungkin kehidupan dikelilingi kesunyian membuatkan dia terbiasa dengan kesepian...
ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
Fiksi PenggemarSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)