✘CHAPTER 39✘

509 72 3
                                    

Gigilan di tangan masih belum hilang,song ji hyo memilih untuk ke bangunan sm daripada balik ke dorm dia takut ekspresi mukanya membuatkan penghuni dorm itu risau.song ji hyo duduk bersandar di bilik latihan lututnya dipeluk erat sambil matanya merenung pantulan dirinya di cermin.
"Apa yang kau buat ni betul ke song ji hyo? Tak rasa melampau ke? "Soal ji hyo pada dirinya sendiri diperhatikan wajahnya di cermin kusut serabut dan tiada arah tuju.. Kenapa song ji hyo dalam versi ini Agak berani bermain dengan kehidupan orang.

"Fuh!!! Fuh!!! "Dihembus nafasnya kuat rambutnya di tarik-tarik tak sakit tapi rasa hilang sikit stressnya.
Skrin telefon bimbitnya yang menyala dibiarkan berdering, panggilan daripada lay. Panggilan dibiarkan sepi.

Sedang song ji hyo asyik mengelamun pintu bilik latihan dibuka seseorang.
"Eh! Song ji hyo buat apa dekat sini? "Sapa ji soo dia kemudiannya menekan suis lampu. Bilik yang tadinya gelap kini terang benderang. Ji soo mendekati ji hyo dia duduk bersila merenung muka ji hyo.

"Saja je duduk sini bosanlah dekat dorm"jawabnya ringkas sebenarnya dia nak mengelak daripada berbual dengan sesiapa dia takut sikap acuh tak acuhnya akan buat orang terasa hati jadi langkah yang betul adalah berdiam diri sampai emosinya stabil, kerana apa yang dia lalui tadi bukanlah kenangan yang indah.
Ji soo tersenyum lantas penutup minuman air lemon tea dibuka dan dihulurkan pada ji hyo.

"Kali ni gaduh dengan siapa lay? Baekhyun? Atau pun d.o ke dengan chen? "Soal ji soo serkap jarang.
"Anni... Bukan sebab sesiapa"jawab ji hyo ringkas ais lemon tea yang tinggal separuh diletakkan ketepi.. Dia bangun lantas menuju ke tingkap.. Dibuka seluasnya tingkap di bilik latihan dan menebarkan pandangannya kepada beberapa orang pelatih yang keluar masuk ke bilik latihan.
"Kita semua berpijak di bumi yang sama tapi hakikatnya kita semua berada di dunia yang berbeza. "Kata-kata yang memberi maksud yang mendalam membuatkan ji soo tertanya apa yang ji hyo repekkan sekarang ini adakah song ji hyo mabuk tapi takstr ada pula nampak botol minuman keras dan song ji hyo nampak normal.

"Bwo? "Soal ji soo dia berdiri membelakangi ji hyo.
Ji hyo berpaling dia memberikan senyuman ikhlas pada ji soo.
"......ji hyo gembira berada di sini dikelilingi dengan orang-orang yang pedulikan ji hyo tapi ji hyo lupa hakikat yang ji hyo bersendirian di sini kerana ji hyo memang terlahir untuk sendiri.. Gomawo"bahu ji soo ditepuk perlahan beg tangannya di ambil dan dia mengorak langkah keluar dari bilik latihan.

Mungkin orang di luar sana nampak aku bahagia bersendirian kerana aku tak pernah tunjukkan rasa kesunyian. Tanyalah pada sesiapa pun yang berada di dunia ini sanggupkah mereka hidup sendiri sampai ke hari tua? Jawapannya pasti tidak sama juga dengan aku...

☆☆☆☆☆

Baekhyun melemparkan senyuman manisnya pada seorang yeoja yang nampak elegan berambut pendek yang sedang berlari kearahnya ,song ji hyo junior kesayangannya seorang yeoja elit yang sudi berkawan dengannya yang hidup serba serbi sederhana... Ditepuk kerusi panjang yang terdapat di kantin sekolah memberi isyarat supaya ji hyo terus duduk disebelahnya.

"Awak... Okay tak ni? "Soal baekhyun bila dia lihat ji hyo begitu teruja tapi disebabkan nafasnya yang tercungap-cungap ji hyo kelihatan seperti ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ji hyo masih lagi tercungap-cungap maklumlah dia dah tak bersenam sejak mereka sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir mereka di sekolah tinggi . Ji hyo meletakkan kertas bersaiz A4 yang sudah renyuk di telapak tangan baekhyun.

"Sm entertainment audition? "Baca baekhyun perlahan dia melihat muka teman wanitanya sekali lagi dia tahu maksud ji hyo.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now