ー❀ー
"Wahh untunglah dapat suami yang ada syarikat sendiri plus handsome lak tuu"
"Awak sangat bertuah"
"Mesti awak bahagiakan? "
"Saya cemburu tau dengan kehidupan awak"
"Hehehe, terima kasih! Kehidupan saya biasa-biasa je" Gadis yang sedang memegang beberapa helai kertas itu tersenyum ke arah rakan-rakannya.
"But, awak ada suami yang perfect tau tak! Dia kerja kat syarikat, kaya, dan paling penting dia segak! " Ujar kawannya berambut hijau.
"Haishhh.. Kan bagusnya kalau kehidupan Eunha tu sama macam aku " kata rakan rambut hijau.
"Eh? Awak patut bersyukur sebab awak masih hidup dan dapat jalani kehidupan macam biasa! Awak tak perlulah rasa kehidupan saya ni bahagia. Saya biasa-biasa je takde istimewa sangat tentang rumah tangga kami" Eunha berkata.
"Alamak!! Aku lupa nak ambil anak akuu!!! "
"WEIII PATT PATT!! "
"Eunhaaa kitorang pergi duluu!! " Dua orang rakannya bergegas keluar dari butik milik sang bernama Eunha.
"Tak rasa meluat ke ada kawan macam sotong? " pembantu Eunha ataupun dikenali sebagai Jung Ah.
"Meluat tu adalah juga. Tapi kenalah layan karenah dorang" Eunha kembali ke tempatnya untuk menyiapkan kerja yang tertangguh tadi.
"Awak nak reka pakaian apa pula kali ni? " tanya Jung Ah.
"Hehehe~ Secret" Eunha tersenyum geli.
"Nak berahsia pula budak sorang ni ehh! " lalu Jung Ah menarik pipi Eunha.
"Yah! Yah! " Eunha menepis tangan ketam milik Jung Ah.
"HAHAHAHAHAHA"
Rookie Rookie~
"Telefon awak berbunyi" Jung Ah menunjuk kearah telefon milik Eunha.
Eunha terus mengambil telefonnya.
Abs Babi
Balik lewat. Jangan tunggu akuYou
K"Your husband? " Eunha mengalihkan pandangan kearah Jung Ah lalu mengangguk.
"Sokay. Lambat laun dia akan cuba sayangkan awak " Jung Ah mengusap belakang Eunha
"Harap macam tula"
ー❀ー
"Yah! Kau gila ke apa hah Min?! " seorang gadis memandang rakannya dengan tidak percaya.
"Taknak suda. Kau ingat cafe aku gaji dia 1000 ribu ke? Kalau kau taknak aku cari orang lain" Gadis berwajah jepun kacukan cina korea itu memandang rakannya sambil berpeluk tubuh.
"Cik Hyemin" salah seorang dari pekerja datang.
"Ye? " Hyemin aka budak kacukan itu memandang pekerjanya.
YOU ARE READING
Misi Memikat Suami ✔
FanfictionKisah di antara isteri kepada seorang doktor pakar dan juga isteri kepada CEO syarikat cuba untuk menawan semula hati suami mereka.