ー❀ー"Wei, asal kau suruh aku muncul depan rumah kau and kita nak pergi mana? Jejak sape wei? "
Soalan bertubi-tubi ditanyakan oleh Lisa dan membuatkan Eunha mengeluh berat.
"Sebenarnya, aku nak tahu apa dia buat selain kerja 24/7 kat office" ujarnya sambil memandang kereta dihadapannya.
"Sebab kes kau tahu dan nampak sendiri yang dia hampir 'tut' tu ke? " Eunha hanya mengangguk.
"Haih, sabar jela ye kawan. " belakang Eunha diusap pelan dan Lisa pun memandang kehadapan.
"Wei, kau senanya kahwin dengan siapa hah? " Soal Eunha dan membuatkan Lisa hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Kau ni.. Sama je dengan Xiao dengan Jihyun. Asyik tanya aku pasal bakal husband aku je, tunggu jela masa majlis kahwin aku" ujar Lisa.
Tiba-tiba kereta yang dipandu berhenti di hadapan mereka begitu juga Eunha memberhentikan kereta sebaik sahaja kereta itu berhenti.
Susuk badan yang dikenali keluar dari kereta diikuti dengan susuk badan perempuan.
"Weii weii... Suami kau wei" Lisa menunjuk kearah Jimin dan Hyori.
Cari bukti dan kumpul semua yang boleh buatkan dia sedar akan perbuatannya - Kim Halla
Laju sahaja tangan Eunha mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam suaminya dan perempuan lain.
"Aku berdoa tunang aku takkan jadi macam tu" Lisa berkata dan memandang Eunha simpati.
"Sokay, kau tabah jela eh" Belakang Eunha diusap dan mereka pun beredar dari situ.
ー❀ー
Kereta milik Hyemin berhenti di tempat letak kereta dirumahnya lalu keluar dari perut kereta.
Hyemin melangkah masuk kedalam rumah dengan senyap sebab dia tahu Yoongi ada di dalam.
Hyemin berjalan pergi ke dapur tetapi lengannya direntap oleh seseorang dan membuatkan Hyemin melatah.
"OHMAKKAUIJOKALAHHANTUIJO"
Sebaik sahaja habis melatah Hyemin mengurut dadanya dan memandang kearah Yoongi.
"Nak apa? " tanya Hyemin sambil berpeluk tubuh.
Yoongi hanya merenungnya lalu menarik bahu Hyemin dan ditolak ke dinding.
"Bwoya.. " Matanya memandang Yoongi yang merenung dia seperti nak terkam dia.
"Kau... Curang dengan aku? " pertanyaan Yoongi membuatkan Hyemin tergelak kecil dan merenung Yoongi tajam.
"Kalau aku curang dengan kau pun bukan kau kesah sangat " Hyemin menepis tangan Yoongi yang memegang bahunya lalu pergi masuk ke bilik mereka.
Yoongi hanya memandang susuk badan Hyemin dari belakang sehingga hilang kelibat susuk badan
"Kenapa aku nak ambil kesah tentang dia? Heh, Min Yoongi kau dah hilang akal dah ni" ujarnya sendiri dan keluar dari rumah.
Pintu bilik utama dibuka perlahan sebaik sahaja bunyi pintu tertutup.
"Dia dah keluar ke? " Hyemin mengintip celah-celah pintu lalu membukanya selepas Yoongi keluar
' Nasib.. ' getusnya dalam hati.
ー❀ー
"Baby, bila you nak ceraikan perempuan tu? " Hyori memandang Jimin dengan wajah aegyeo.
"Sabar jela sayang~ I akan ceraikan dia lepas adik i keluar dari rumah i" balas Jimin dan mengusap rambut kekasihnya.
"Okay... " Hyori terus membelek-belek pakaian disitu sambil-sambil memandang Jimin yang tersenyum kearahnya.
'Aku.... Tak curangkan? '
-mysthics❀
YOU ARE READING
Misi Memikat Suami ✔
FanficKisah di antara isteri kepada seorang doktor pakar dan juga isteri kepada CEO syarikat cuba untuk menawan semula hati suami mereka.