ー❀ーSeojin hanya mengangguk kepala sebelum bunyi telefon salah seorang dari mereka berbunyi.
"Yeobuseyo? "Hyemin menjawab panggilan tersebut dan hanya mengangguk
"Nae, aku akan pergi ke sana" panggilan dimatikan lalu Hyemin pun memandang Seojin.
"Dah tiba masanya"
ー❀ー
"Unnie!! " pintu bilik wad Eunha terbuka dan Ji Eun berlari masuk ke dalam.
"Malam ni! Pemandu yang langgar unnie akan muncul kat hospital ni! " Ji Eun memandang Eunha sambil melompat atas bawah.
"Bagitahu jam berapa nanti aku bagitahu hyung untuk sediakan bodyguard untuk kita" ujar Jimin.
Ji Eun mengangguk.
"Bila Eun dah nampak dia masuk dalam bangunan ni Eun akan telefon unnie dan suruh mereka bersiap sedia" kata Ji Eun lalu beredar dari situ.
"Harap kita dapat tangkap dia" Eunha hanya tersenyum sambil mengusap perutnya dengan perasaan sedih.
Jimin yang setia disebelah hanya tersenyum lalu memeluk Eunha sebelum keluar dari wad.
ー❀ー
Pintu pejabat Yoongi dibuka oleh Jimin menyebabkan Yoongi memandang si pendek tersebut.
"Nak apa? " tanya Yoongi yang sibuk buat kertas kerja.
"Sediakan bodyguard untuk Chim, orang yang langgar isteri Chim akan datang tak lama lagi" ujar Jimin yang memandang hyungnya.
"Hm, yela yela. Jangan sampai buat sepah kat bawah sudah" Yoongi hanya mengangguk lalu menyuruhnya pergi.
Jimin pun mengikut arahan Yoongi lalu keluar dari situ.
Telefon Yoongi bergetar dan nama Taehyung pun muncul.
Yoongi berkerut kening lalu menghembus nafas berat sebelum menjawab panggilan tersebut.
"Apa kau nak? " soal Yoongi
" Hyung, Min dalam bahaya sekarang"
"Kau jangan main-main. Aku tau kau masih suka dia"
"Hyung! Aku tak main-main. Lagipun aku dah ada orang yang kena jaga! Aku dah taknak masuk campur hal korang dah. "
"Fine fine. Cepat bagitahu aku, aku ada banyak kerja ni"
ー❀ー
Hyemin memandang sekitar kawasan hospital milik suaminya.
Telefonnya bergetar dan satu mesej pun masuk
Unknown
Datang ke tingkat 3
Ambil lorong kiri dan masuk dalam tandasHyemin terus melajukan langkahnya naik ke tingkat 3 diikuti dengan Seojin yang berada dibelakang tak jauh darinya.
'Aku harap dia tak apa-apa ' Seojin memandang rakannya yang telah masuk ke dalam tandas yang berada disitu.
Seojin memandang sekeliling dan hanya mengangguk sebaik sahaja dia melihat ada polis menemannya.
PRAAAKKK!
Seojin memandang kearah tandas dengan perasaan cemas sambil menunggu isyarat dari Hyemin.
'Cepatlah'
ー❀ー
"Dia dah sampai" Ji Eun memandang wanita berkaca mata hitam masuk ke dalam bangunan seperti yang dijanjikan oleh wanita itu untuk mengenakan kaca mata hitam.
Ji Eun terus menghubungi Eunha sebelum dia mula melangkah ke arah wanita itu sehingga Ji Eun melakukan pergerakan taekwondonya untuk menewaskan wanita tersebut.
" tch. " Ji Eun hanya memandang wanita yang ditindih dengan kakinya dengan wajah menjengkelkan.
"Baik kau menyerah kat polis sebab kau dah kena kepung" ujar Ji Eun sebaik sahaja bodyguard mengelilingi mereka berdua.
"Kim. Hyo. Ri"
@-mysthics❀
YOU ARE READING
Misi Memikat Suami ✔
FanfictionKisah di antara isteri kepada seorang doktor pakar dan juga isteri kepada CEO syarikat cuba untuk menawan semula hati suami mereka.