+ 26❀

353 24 0
                                    


ー❀ー

Jimin membuka pintu rumahnya sambil memandang sekeliling.

"Eunha? " panggil Jimin.

Tiada sahutan langsung.

Jimin bergegas naik ke tingkat atas untuk memastikan Eunha berada diatas.

Pada masa yang sama, pintu rumah terbuka dan Ji Eun masuk ke dalam rumah dengan wajah yang sedih.

Jimin yang baru sahaja keluar dari bilik tidur utama turun dan ternampak Ji Eun.

"Eun! " Ji Eun memandang Jimin dengan wajah terkejut dan juga marah.

"Kenapa.. Kenapa sekarang kau nak balik, kau tau tak unnie ada kat hospital" ujar Ji Eun sambil memandang Jimin.

"E-eunha.. Kat hospital? "Jimin memandangnya terkejut lalu memegang bahu Ji Eun.

"Macam mana dia boleh ada kat hospital?! Hospital mana?? Tell me Park Ji Eun! "

Ji Eun hanya tersenyum sinis lalu menepis tangan Jimin.

"Unnie mesti marah kalau aku bagitahu tapi ini juga untuk kebaikan kau. Dia ada kat hospital happy pill.. Dia keguguran sebab kena langgar" ujar Ji Eun lalu beredar dari situ.

Jimin pula terkaku.

'Keguguran? D-dia mengandung? '

Jimin segera keluar dari rumah dan pergi ke hospital tersebut dengan menaiki keretanya.

_______

Eunha terbaring lemah di atas katil bertemankan dengan bunyi mesin di sampingnya.

Pintu bilik wad itu terbuka dan kelihatan Jimin masuk ke dalam.

"Eunha" Jimin pergi menghampiri katil Eunha lalu duduk di kerusi yang berada disampingnya.

Tangan Eunha yang pucat itu digenggam erat oleh Jimin.

"Mianhae... " kata Jimin perlahan sambil mengusap tangan Eunha lalu memandang Eunha sekejap dan memejamkan matanya untuk sementara.

"..j.. Jimin? " Mata Jimin terbuka lalu memandang Eunha yang sedang 'meng adjust ' matanya untuk menyesuaikan cahaya bilik itu.

"Eunha, aku minta maaf sebab tak dapat lindungi kau" ujar Jimin manakala Eunha pula tersenyum lalu mengusap pipi Jimin.

"Its okay, benda dah terjadi. Salah aku juga tak nampak kereta tu" Eunha berkata sambil tersenyum manis.

"Tak, bukan salah unnie" pintu tertutup dan Ji Eun pun muncul bersama dengan Joshua.

"Pemandu tu yang salah, dia yang langgar unnie depan mata Eun sendiri. Eun nampak dia lakukan dengan sengaja. " ucap Ji Eun.

"Eun nampak tak muka dia? " soal Eunha yang memandang tepat ke wajah Ji Eun.

"M-muka dia?.. Eun nampak" Ji Eun menunduk kepalanya dari melihat Eunha.

"Kenapa tunduk? Eun tak buat salah kan? "

Ji Eun hanya berdiam diri.

"Eun tau, tapi sekarang bukan masa sesuai sebab Eun nak tangkap dia dengan kedua tangan Eun sendiri"

Ujar Ji Eun lalu melangkah keluar dari wad diikuti dengan Joshua.

"Eun... " Eunha memandang pintu yang tertutup tadi lalu memejamkan matanya sekejap.

"Kau berehat je dulu. Biar aku dengan Eun uruskan, nae? "

Jimin yang berada disebelahnya mengusap rambut Eunha sambil tersenyum manis.

ー❀ー

"Siapa perempuan tu? " tanya Hyemin kepada Yoongi yang berada disebelahnya.

"MeiLin, salah seorang pekerja baru kat hospital" balas Yoongi.

"Are you sure that MeiLin girl boleh dipercayai? " soalan yang dilemparkan oleh Hyemin membuatkan Yoongi memandangnya.

"What are you talking about? Ofcourse, that girl boleh dipercaya. " Hyemin hanya mengeluh sebaik sahaja Yoongi membalasnya

"Kau tak tahu dunia sekarang macam mana" ujar Hyemin perlahan supaya tiada siapa dengar kecuali dia.

Yoongi memberhentikan keretanya di hadapan cafe milik isterinya.

"Well, goodnight" ucap Yoongi sambil tersenyum.

Hyemin hanya membalas senyumannya lalu keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk cafe.

PON!

Hyemin memandang semula kearah kereta Yoongi dan memandang Yoongi.

Yoongi terus membuat mini love lalu meluncur laju pergi ke rumah mereka.

"Apekah? " Hyemin hanya tersenyum lalu masuk ke dalam kedai dan pergi ke bilik kerjanya.

"MeiLin Li" sebuah fail yang berada diatas meja dipegang oleh Hyemin.

Ya, nama salah seorang staf yang baru sahaja diambil tempoh hari disiasat oleh Hyemin.

Hyemin hanya tersenyum sinis sambil melihat wajah wanita itu yang berada disebelah latar belakangnya.

"Sampai bila kau nak bersembunyi disebalik nama tu, Mei Li Yi"























@-mysthics❀

Misi Memikat Suami ✔Where stories live. Discover now