ー❀ーEunha melangkah masuk ke dalm rumah nya.
Dia memandang sekeliling lalu mengeluh.
"aku mengandung... " ujarnya perlahan sambil mengusap perutnya.
Eunha pun terus pergi ke biliknya dan baring di atas katil.
" Kim Hyorin..." Eunha memandang telefonnya dan terus memejamkan mata.
"Who are you? "
______
"Tuan"
Pintu diketuk dan seorang lelaki bersut masuk ke dalam.
"Apa? "
Jimin memandang lelaki itu sekejap lalu sambung melakukan kerjanya.
"Saya dah cari maklumat dari hospital tentang wanita yang larikan diri baru-baru ni" serta-merta Jimin memandang lelaki itu aka setiausahanya.
Kertas yang dipegang oleh Jimin tidak lagi menjadi perhatiannya tetapi setiausahanya.
"Dia berumur 23 tahun, dia menghidap penyakit yang berbahaya iaitu sakit mental. Doktor yang merawat dia kata penyakit tu memang bahaya. Dia boleh bunuh sesiapa sahaja." Jimin hanya mengangguk lalu membetulkan cermin matanya.
"Lalu, di mana dia sekarang? " Jimin kembali memandang kertas kerjanya.
"Dia..... Berada di Korea. " pen yang dipegang olehnya jatuh lalu memandang setiausaha dengan mata yang besar.
"Tempah tiket untuk pulang ke Korea. Pastikan hari ni juga" Setiausaha itu mengangguk lalu keluar dari situ.
Jimin mengeluh lalu mengambil telefonnya dan mendail seseorang.
"Hyung, aku akan balik ke Korea. Perempuan tu dah lari dari China. "
Jimin bangun dari tempat duduknya lalu mengambil kotnya sambil menelefon.
"Dia berada di Korea hyung. "
ー❀ー
Yoongi hanya mengeluh dengan kasar lalu mematikan panggilan telefon itu.
"Siapa telefon? " Hyemin memandang Yoongi.
" Tak payah tahu. " Yoongi hanya menghiraukan Hyemin lalu menelefon seseorang.
"Tolong panggilkan pegawai Wang untuk pergi ke pejabat saya sebelum saya sampai. Sediakan apa yang dia nak"
Yoongi pun berdiri dari tempat duduknya sebaik sahaja panggilan dimatikan.
"Kau nak pergi mana? " serentak juga Hyemin memegang lengan Yoongi dengan erat.
"Jangan masuk campur, ingat peraturan. Kau buat hal sendiri, aku pun buat hal sendiri. "
Yoongi memberi renungan tajam kepada Hyemin lalu menepisnya dari terus memegangnya
Hyemin hanya berdiam diri dan melihat Yoongi melangkah pergi dari restaurant.
'Cepat betul personaliti dia berubah ' Hyemin pun duduk semula di tempat duduknya.
_____
Hospital Healthy N Happy
Pintu bilik dibuka oleh Yoongi dan terlihat pegawai Wang sedang duduk dengan selesa di kerusi Yoongi.
"Yow hyung! Asal panggil aku? " Pegawai Wang ataupun Jackson memandang Yoongi dengan senyuman sinis.
"Aku ada kerja untuk kau. " Yoongi memandang Jackson yang berdiri dari tempat duduknya.
Yoongi pergi ke mejanya lalu mengambil sebuah fail kuning dan memberi kepada Jackson.
"Nama dia Mei Li Yi, Dia adalah salah seorang pesakit mental yang berbahaya dan dia telah larikan diri dari hospital. Aku nak kau cari dia sebelum dia cederakan sesiapa "
Jackson memandang fail tersebut dan hanya mengangguk.
" Sure, hyung. Aku akan cari perempuan ni. And, sampaikan salam sayang aku kat isteri kau eh buibuiii"
Jackson melempar flying kiss kepada Yoongi lalu beredar dari situ .
"Sampaikan salam sayang konon. Aku hentak juga kepala budak tu " Tali leher dilonggarkan lalu menghempaskan tubuhnya di sofa.
Yoongi melelapkan matanya dan menghela nafas berat.
-mysthics❀
YOU ARE READING
Misi Memikat Suami ✔
FanfictionKisah di antara isteri kepada seorang doktor pakar dan juga isteri kepada CEO syarikat cuba untuk menawan semula hati suami mereka.