[ 182 ]

1.4K 119 10
                                        

Hoseok POV

Aku mengurut leher yang terasa lenguh sambil menutup pintu utama rumah.

Jam dinding ruang tamu dipandang.

Pukul 1 pagi.

Huhhh...

Rasa penat sangat sebab terpaksa siapkan semua kerja pejabat.

Yelahh, esokkan aku pergi 'honeymoon'.

Hehehehe.

Fikirkan tu buat aku tersenyum tiba-tiba.

Kegilaan apakah ini?

Mungkin sebab aku dah lama tak bercuti.

Ada la rasa teruja sikit.

Kaki melangkah ke tingkat atas.

Langkah disegerakan supaya dapat tidur dan berehat.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku terpaku.

Sekujur tubuh sedang tidur nyenyak di atas katilku.

Aku tersenyum kecil apabila terpandangkan beg bagasiku yang sudah tersedia di tepi meja solek.

Kaki perlahan-lahan melangkah ke katil.

Raut wajah Hae Rin yang sedang tidur kelihatan tenang sekali.

Tanpa sedar, aku sudah duduk di birai katil menghadapnya.

Akhirnya aku buat keputusan membiarkan sahaja Hae Rin tidur.

Selimut ditarik menutup badan Hae Rin.

Pasti sejuk sebab Hae Rin tidur sambil berpeluk tubuh.

' Sofa...you are mine tonight...'

Aku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri terlebih dahulu.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang