[ 314 ]

1.2K 108 0
                                    

Tanganku yang ingin menolak pintu bilik wad persendirian yang diduduki Hoseok terhenti apabila mendengar suara seorang perempuan dari dalam.

Aku mula memasang telinga.

" Awak kata nak datang...tapi kenapa awak koma pula? "

" Awak mungkir janji, Seok! "

" Awak mungkir janji. "

" Awak dah janji nak tengok saya pakai baju pengantin...."

Mataku membulat.

Miyuki kah?!

" .....bersama dia yang saya sayang. "

Dahiku mula berkerut.

" Ya. Saya dah mula sayang dia. "

" Saya dah ikut macam yang awak katakan. Awak macam mana? "

" Mesti Rin dah terima awak semula kan? "

" Mesti awak dah bahagia. Tunggu saat anak awak dilahirkan je kan? "

" Dah tu...awak tak nak ke tengok Rin lahirkan anak awak? Bagi kekuatan pada dia...sokong dia..."

" Jadi, bangunlah. Mesti Rin pun terseksa. "

Air mata aku tumpah mendengar bicaranya.

" Saya teringin nak jumpa Rin. Tapi saya takut laaaaa...sebab saya kan penyebab awak berdua hampir bercerai..."

" Saya cuma nak minta maaf..."

" Woi. Bangun la. "

" Punya la panjang saya luah. Awak diam je? "

" Selalunya awak la yang paling bising. "

Aku menahan tawa mendengar orang yang bersuara itu seperti putus asa dengan Hoseok.

Aku menolak pintu bilik wad.

Orang yang bersuara tadi berpaling dan matanya membulat.

Terkejut melihat aku.

" Hai? " sapaku.

" H-Hae Rin..."

Aku tersenyum melihat Miyuki yang takut-takut.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now