Aku hanya memandang Hoseok keluar dari bilik sambil menatang dulang.
Aku pelik sebab Hoseok jadi diam selepas aku cerita pasal apa yang aku fikirkan.
Bunyi aku cerita tadi...macam bunyi aku terpaksa balik ke?
Dia nampak macam sedih.
Ahhhh lantaklah.
Aku terus baring dan berselimut.
Lepas 10 minit, aku masih terkebil-kebil memandang siling.
Aku masih tidak dapat melelapkan mata.
Aku risau.
Resah.
Hoseok masih belum naik ke bilik.
Dia kata dia akan naik ke bilik lepas basuh pinggan.
Aku bangun dan cuba bersandar di kepala katil.
Ketika itu, pintu terkuak dari luar.
" Eh? Sayang tak tidur lagi? "
Dia mula berjalan ke arahku.
" Kan Seok suruh rehat..."
" Saya tak mengantuk. " tipuku padahal ubat tu dah mula beri kesan.
" So, Rin nak buat apa? "
Hoseok mula memanjat katil dan duduk di sebelahku.
Dia duduk bersila sambil menghadapku.
Aku perhati mata dia yang nampak basah.
" Awak menangis ke? " tanyaku mengerut dahi.
" Taklah. Mata saya masuk habuk. Jadi, saya basuh muka. " balasnya sambil tersenyum.
Aku mengangguk faham sambil menutup mulut apabila menguap.
" Haaa...tu dah menguap. Tidur tidur. "
Hoseok paksa aku supaya berbaring.
Selimut dibetulkan.
Aku mula memejamkan mata.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fiksi Penggemar" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫