[ 236 ]

1.5K 111 7
                                        

Aku mengesat kasar air mataku yang berjuraian ketika ini.

Aku tidak mahu nampak lemah di hadapan Hoseok!

Nafas ditarik sedalam mungkin dan dihembus perlahan.

Aku mengangkat kepala memandang mata Hoseok sedalamnya.

Aku dapat rasa dia mula rasa bersalah.

Tapi aku dah tak kisah semua tu.

" Ceraikan saya. "

Hoseok terkedu.

" A-apa awak k-kata? "

" Ceraikan saya, Hoseok. " ulangku dengan berani.

" Saya dah penat. "

" Penat terus berharap. "

" Kalau awak dah tuduh saya ada hubungan dengan Yoongi, awak ceraikan saya. "

" Dan saya akan kahwin dengan Yoongi. "

" Itu yang akan buat awak puas hati kan sebab semua yang awak kata betul? "

" Jadi, lepaskan saya. "

Aku nampak Hoseok sangat terkejut sampai tak mampu berkata.

" Saya akan tunggu fail cerai daripada awak. "

Aku segera mencapai beg tanganku dan berlalu keluar dari rumah meninggalkan Hoseok yang masih terpinga-pinga.

Aku berjalan melepasi pagar rumah dan memandang rumah besar itu buat kali terakhir.

Ya. Aku jalan kaki.

Sekurang-kurangnya, Hoseok tak dapat jejak aku.

Heh.

Buat apa nak cari perempuan curang macam aku?

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang