[ 288 ]

1.3K 97 7
                                    

Hoseok POV

Aku menongkat dahi yang terasa berat sambil sebelah tangan lagi memegang stereng.

Sekarang aku perlu ke luar daerah atas urusan kerja.

Jadi, aku terpaksa tinggalkan Hae Rin di kem tersebut.

Hae Rin tidak tahu penergian secara mengejut aku ini.

Lagipun kami baru sahaja bergaduh semalam.

Nak ke dia pandang aku?

Keluhan berat dilepaskan.

Aku tak salahkan Hae Rin bila dia marah macam tu.

Mesti dia masih rasa sakit dengan apa yang aku dah buat selama ni.

Tambahan pula, dia sedang mengandung.

Tentu dia sensitif.

Aku tak salahkan dia kalau dia tak maafkan aku.

Sebab aku dah pernah duakan dia.

Siapa je yang nak bagi peluang kedua kalau kau mesra dengan perempuan lain sedangkan isteri depan mata?

Lepas tu, pergi cari baju kahwin dengan isteri tapi bawa perempuan lain sekali?

Pergi bulan madu atau bercuti pun sibuk dengan telefon sebab nak mesej perempuan lain?

Yang paling teruk, aku bawa perempuan lain dan kenalkan pada kawan-kawan aku tanpa sedikit pun fikirkan Hae Rin sebaik sahaja balik Korea?

Kalau aku jadi Hae Rin, dah lama aku minta cerai.

Tak payah tunggu lama.

Tabahnya isteri aku.

Haih.

Terasa diri ini teruk sekali. 😪

Tidak mengapalah.

Aku sudah bertekad.

Walau apa pun terjadi, aku akan tetap cuba kembalikan Rin yang lama.

Mari kita cari cara lain lepas balik dari outstation, Hoseok.

Fighting!

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now