[ 228 ]

1.3K 93 6
                                        

Aku terjaga daripada tidurku apabila terasa pipiku diusap.

Sebaik sahaja mataku terbuka, wajah Hoseok yang sedang merenungku memenuhi ruang mata.

" Hai sayang. " sapanya bersama senyuman.

Aku turut tersenyum kecil.

" Sekarang pukul berapa? " tanyaku.

Hoseok berpaling memandnag jam sebelum memandangku semula.

" Pukul 9:57 malam. "

Aku segera bangun dari baringan.

Hoseok mengambil tempat di sebelahku.

" Awak balik pukul berapa? " tanyaku lagi.

" pukul 9:20 . "

" Awak dah makan? "

Hoseok tersenyum seraya menggeleng.

Perutnya diusap.

" Laparrr..."

Aku tersenyum sebelum tangan naik mengusap rambutnya.

" Come. Saya teman awak makan. "

Aku menarik tangannya supaya dia mengekori aku ke meja makan.

Aku hanya memerhati Hoseok menjamah makanannya dengan berselera sekali.

" Saya ingatkan awak balik lambat, awak dah makan. Tapi awak nampak sangat lapar.."

Aku tergelak kecil.

Hoseok hanya tersengih.

" Saya tak selera awak takde depan mata. "

Aku terkedu.

Hoseok sekadar tersengih sebelum menyambung makan.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang