[ 273 ]

1.3K 96 0
                                        

Hoseok POV

Aku menggenggam kedua-dua tanganku dengan resah.

Jimin tersenyum melihat aku yang tidak tentu arah.

" Rilek Seok...Rin tu bukan tengah bersalin pun. " usik Jimin.

Aku tidak hiraukan.

Seketika cuma, pintu bilik Hae Rin terbuka.

Seorang perempuan keluar dari bilik.

" Macam mana dengan Rin? "

Perempuan tersebut tersenyum sumbing pada Jimin bagai mengusik aku.

Jimin turut membalas senyuman itu.

" Don't worry, Seok. Rin okay sahaja. "

" Saya dah masukkan antibiotik dalam badan dia. Suhunya akan berkurangan nanti. "

" Cuma pesan saya, kalau demam panas macam ni...jangan dibiarkan lama. "

" Bimbang memberi kesan pada kandungan. "

" Dan jangan beri dia tekanan atau banyak berfikir. "

Aku menghela nafas lega sambil mengangguk faham.

" Terima kasih Ji Hye. "

" Terima kasih Chim sebab pinjamkan yeochin kau kejap. "

Jimin hanya tersenyum sebagai balasan.

" Jom sayang. " ujar Jimin mula melangkah menuruni tangga.

" Saya dah letak ubat atas meja sebelah katil. Jangan lupa bagi makan ubat ikut masa. "

Aku mengangguk faham.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang