Aku menyisir rambut di hadapan meja solek.
Pintu bilik air dibuka dari dalam.
Hoseok yang baru keluar dari bilik air dipandang melalui pantulan cermin.
" Hoseok nak ke mana? " tanyaku ketika Hoseok berjalan ke arah pintu bilik.
Hoseok juga sudah lengkap berpakaian kemas sebaik sahaja keluar dari bilik air tadi.
" Saya nak keluar. Mungkin balik lewat sedikit. Awak tidur je dulu. "
Hoseok terus lesap.
Aku hanya memandang kosong pantulan diriku di cermin.
Tubuhku terasa penat selepas majlis resepsi tadi.
Adakah Hoseok tidak penat sehingga sanggup keluar dan balik lewat malam?
Hurm.
Mungkin hal kerja.
Bersangka baik sahajalah.
Aku mula berjalan ke katil.
Katil milik Hoseok.
Bau badan Hoseok masih melekat di bantal dan katilnya.
Wangi.
Tanpa disangka, air mata ini jatuh.
Setelah sekian lama ia tidak gugur.
Akhirnya ia gugur.
Nampaknya, aku tak kuat.
:)

YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fanfiction" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫