[ 234 ]

1.4K 98 5
                                        

Aku memegang pinggang yang terasa sakit.

Wajah bengis Hoseok dipandang.

Rahangnya juga turun naik menahan amarah.

" Kenapa dengan Hoseok ni?! "

" Kenapa dengan saya?! "

" Kenapa dengan saya atau kenapa dengan awak sebenarnya?!!! "

Aku mengerut dahi pelik.

Tidak faham apa yang cuba dimaksudkan.

" Saya tak faham. "

" Heh. Tak faham atau cuba menafikan? "

" Kau dah pandai menipu sekarang, kan? "

Aku agak terkejut mendengar bahasa Hoseok dan tuduhannya.

" Apa awak cakapkan ni? "

" Ouh. Tadi telefon bagi tahu keluar dengan Chae Ah, Jihun dengan Aeri semua...alih-alih dengan Yoongi? "

Aku baru sahaja dapat tangkap apa maksudnya.

Baru sahaja aku ingin membuka mulut, Hoseok memotong.

" Apa? Kau ingat aku tuduh suka-suka? Aku nampak dengan mata aku sendiri. "

" Saya takde apa-apa hubungan dengan Yoongi la! "

" Habis tadi tu apa? Berbual mesra depan rumah? Tak malu ke dengan jiran-jiran hah? "

" Awak ingat saya tak tahu awak pergi mana-mana mesti ada dia. "

" Tak pandai jaga maruah suami ke? Ke maruah awak memang dah hilang sebab dia? "

Hoseok tersenyum sinis.

Mataku membulat.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang