Aku mengambil tempat di mejaku di bilik guru.
Aku agak pelik apabila terdapat dua jambak bunga di atas meja.
Dah seminggu bunga forget-me-not ni akan ada atas meja aku pada setiap pagi.
Tapi kali ni...bunga ros ni daripada siapa pula?
Sudah la bunga forget-me-not pun aku tak tahu siapa bagi.
Aduhhh...serabut aku.
Aku duduk termenung sambil memandang dua jambak bunga itu.
" Aihhhh Rin...dapat bunga ke..." tegur Cikgu Sunmi.
Aku hanya tersengih.
" Siapa bagi? Suami ke? "
" Entah la unnie. Bunga forget-me-not setiap hari datang. Dah seminggu. Tiba-tiba hari ni, bunga ros pula. "
" Ramai betul minat Rin. Hahahahaha..."
" Mana ada...unnie ni..."
" Hehehe. Saja usik Rin. Okay la. Unnie masuk kelas dulu. Annyeong! "
" Eung~ "
Aku capai bunga ros yang dikelilingi dengan baby's breath.
Aku pelik sebab bunga rosnya hanya sekuntum sahaja.
Sekeping kad yang terselit dibuka.
" I "
Dahiku berkerut.
I ?
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fanfiction" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫