" Awak masuk duduk sebelah tingkap. Biar saya duduk sebelah luar. "
Aku mengambil tempat di sebelah tingkap mengikut arahannya.
Aku terpandangkan lelaki tadi dan adik perempuannya yang baru sahaja duduk di sebelah kerusi bersebelahan Hoseok.
Cuma dipisahkan dengan satu lorong.
Lelaki tadi bertukar tempat dengan adik perempuannya.
" Dah lama ke lelaki tu usha awak? "
Aku memandang Hoseok.
" Sepanjang saya tidur ke? "
Aku akhirnya mengangguk.
Aku ingatkan mulanya biasa je.
Tapi aku ada la rasa tak selesa sebab dia duduk tempat duduk yang adik perempuannya duduk sekarang.
Dah tu asyik tenung aku.
Aku rasa kecut memandang wajah keruh Hoseok ketika ini.
" M--maafkan saya. " ucapku.
Hoseok mengerut dahi.
" Sebab susahkan awak. "
" Cheonmaneyo. Awak tidurlah. Dari tadi awak tak tidur kan? "
" Miss, saya nak selimut. " pintanya kepada pramugari yang melintasi kami.
Aku hanya memerhati Hoseok membetulkan selimut yang berada di badanku.
" Take a nap. I will take care of you from that guy. "
Terkebil-kebil aku mendengarnya sebelum mula memejamkan mata.

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fanfiction" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫