[ 286 ]

1.3K 87 6
                                    

Aku buka pintu kereta tempat duduk belakang dan mula mengambil beg.

" Eh sayang! Nanti nanti! Biar Seok bawakan. "

Aku hanya menghela nafas berat.

Ini yang aku tak nak sebenarnya.

Mula la sifat terlebih berjaga-jaga dia datang.

Aku terus berjalan ke sekumpulan murid meninggalkan dia yang sedang mengambil beg.

" Sayang! Tunggu la! "

Aku tak hiraukan.

" Hai cikgu Rin! "

Aku tersenyum sambil membalas lambaian tangan.

" Hai Rin. Hai Seok.. " tegur Yoongi.

Hoseok hanya tersenyum sebagai balasan.

" Kau tengah buat apa? " tanya Hoseok prihatin.

Aku hanya membiarkan Hoseok dan Yoongi sibuk berbual.

" Cikgu. Itu ke suami cikgu? "

Aku mengangguk lalu tersenyum.

" Hensemnya...mesti romantik kan? " sampuk seorang murid lagi.

Aku tepuk dahi.

Aduhhh budak-budak ni.

" Dah dah. Pergi naik bas sana. Hyun, pastikan rakan kamu semua ada ya. "

" Baik cikgu. Jom naik bas! "

Aku memerhati mereka semua menaiki bas untuk memastikan semuanya selamat.

Pelajar kelas lain sudah pun berada di dalam bas.

Hanya mereka sahaja yang belum naik.

" Rin. Bawa Hoseok masuk bas. Aku urus sesuatu jap. " kata Yoongi.

Aku sekadar mengangguk.

" Jom sayang. Naik bas. "

Hoseok memimpin tanganku.

Aku mengambil tempat di tepi tingkap manakala Hoseok duduk di tepiku.

Yoongi masuk bersama seorang guru pengiring lelaki yang lain.

" Eh? Mark! Aduhhhh...kau cikgu ke bruhhh? " tegur Hoseok sambil bersalaman dengan Mark.

" Ha'ah. " balas Mark tersengih.

Aku tidak menghiraukan perbualan mereka yang semakin rancak apabila bas mula bertolak.

[ 20 minit kemudian ]

Aku menjeling Hoseok yang sedang tidur bersandar pada bahuku melalui ekor mata.

Padanlah dia mengantuk sebab malam tadi dia pulang lewat dari tempat kerja.

Dia kena siapkan semua kerja sebab nak pergi kem ni.

Lama-lama tengok muka polos dan naif Hoseok masa tidur ni buat aku cair pula.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memandang ke luar tingkap.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now