[ Seminggu kemudian ]
" Rin, kau balik dengan siapa? Hoseok? " tanya Yoongi.
Aku sekadar mengangguk sebagai balasan.
" Malam ni aku dengan yang lain nak main boling pastu makan-makan. Nak join? "
Aku berpaling memandang Yoongi.
" Macam seronok je bunyinya. " ujarku agak teruja.
" Kita orang dah ajak Hoseok dahhh..tapi dia tak nak pergi. Sebab risaukan kau. "
Aku terdiam.
" Takpelah. Aku cuba ajak dia. "
" Kau betul ke nak join? Risau betul aku. Kau ni bila-bila masa je boleh bersalin. "
" Jangan risau laaa...hehehehe. "
Aku tersengih.
Yoongi hanya menggeleng kepala.
" Ha tu buah hati kau dah sampai. "
Kelihatan Hoseok sedang berdiri sambil bersandar pada pintu kereta.
Tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil tersenyum memandangku.
Aku agak terpaku memandangnya.
Dengan lengan baju kemeja dilipat sehingga ke siku.
Sungguh menawan.
" Woi! "
Yoongi mengawang-awangkan tangannya untuk menyedarkan diriku.
" Aihhh kau ni. Macam la baru kahwin. " perli Yoongi.
Aku tersengih untuk menutup malu.
Sedar tidak sedar, rupanya aku sudah sampai di hadapan Hoseok.
" thanks, Gi! " laung Hoseok.
Yoongi hanya membuat tanda okay.
" Jom sayang. "
Hoseok menarik tanganku lalu dibawa ke tempat duduk sebelah pemandu.
Pintu dibuka dan aku memboloskan diri.
Suasana di dalam kereta sunyi sahaja sebaik sahaja kereta bergerak.
Aku memandang Hoseok yang sedang fokus memandu.
Apabila Hoseok perasan aku memandangnya, aku segera berpaling memandang hadapan semula.
Hoseok mengukir senyuman.
" Sayang kenapa? Rindu sangat kat chagi ke? Atau chagi menawan sangat hari ni? "
Erk?
" Perasan je. Baby, tengok appa ni. Perasan je dia menawan. "
Aku usap perut aku.
" Alaaa baby...eomma tak nak mengaku appa kacak dan menawan. "
Aku mencebik.
Hoseok ketawa.
Tanganku dicapai dan digenggam lembut.
" Sayang penat hari ni? "
Aku menggeleng.
" Chagi penat? "
Hoseok menggeleng juga.
" Chagi tak nak join dia orang main boling malam ni? "
Hoseok menggeleng lalu tersenyum hambar.
" Sayang lagi penting sekarang ni.."
" Habis selama ni Rin tak penting la? " usikku dengan nada serius.
" Eh tak! Sayang penting sangat dalam hidup chagi. Tapi...macam mana eh nak terang..."
Aku tergelak kecil melihat Hoseok gelabah.
" Hehehe...gurau je chagi. "
" Eeeee...gigit pipi kang baru tahu. "
Aku hanya tersengih.
" Jom la chagi. Rin nak jalan-jalan..." pujukku.
Hoseok hanya mendiamkan diri.
" Chagi? "
Aku cuba buat muka comel.
Mata dikerdipkan beberapa kali.
" Sayang sengaja je kan? "
Aku merapatkan diri dengan muka Hoseok.
Cupp!
Hoseok berpaling memandangku dengan mata membulat.
" Hamboih beraninya! "
Aku tersengih.
Malu sebenarnya.
" Okay la kita pergi. Mana tahu dapat lagi hadiah ennn..." usik Hoseok tersenyum sumbing.
" Jangan harap. Itu untuk rasuah je. " balasku bergurau.
Hoseok hanya tergelak.
Aku tersenyum melihat Hoseok gembira.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fanfiction" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫