[ 293 ]

1.3K 103 0
                                        

Aku menutup pintu utama setelah memboloskan diri.

Plastik di tangan yang berisi kek dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Kelibat Hoseok dicari di ruang tamu namun tiada.

Kemudian kaki melangkah menaiki tangga.

Pintu bilik Hoseok yang tidak ditutup rapat dikuak lebih luas.

Kelihatan Hoseok berbaring meniarap di atas katil masih lengkap berpakaian kerja.

Stoking di kaki juga tidak ditanggalkan.

Nampak benar dia betul-betul tak larat sampai pulang sahaja terus rebahkan badan.

" Hoseok..."

Aku berjalan merapati katil.

Punggung dilabuhkan dibirai katil.

" Awakk..."

Aku sentuh bahu Hoseok dan digoncang perlahan.

Aku cuba pusingkan tubuh Hoseok.

" Awakkk..." panggilku lagi.

Kali ini pipinya yang panas disentuhku.

Hoseok mula mencelikkan mata dan dipejam semula.

" Hai sayang..."

Hoseok sedaya upaya cuba mengukir senyuman buatku sambil tangannya mengusap lembut kepalaku.

" Sayang baru balik ya? "

" Sorry tak bagitahu sayang yang Seok balik awal hari ni. "

" Tiba-tiba je si Namjoon halau Seok suruh balik awal. "

" Padahal Seok masih nak kerja. "

" Ada ke dia kata Seok tak sihat? "

" Seok kuat lagi. Cuma penat je. "

Mataku mula berkaca.

Aku pukul lengan dia lembut.

Dia mengaduh sakit.

" Jangan nak sedapkan hati saya la. Awak tu tengah sakit! "

" Mana ada, sayang..."

Aku mula melangkah ke kakinya lalu stoking ditanggalkan.

" Awak tunggu sini. Saya akan telefon Jimin. "

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang