Aku meliarkan pandangan ke sekeliling.
Ramai pengunjung yang berada di lapangan terbang ini walaupun sekarang bukanlah waktu bercuti.
Aku melihat jam di telefon bimbit.
Pukul 8:30 pagi.
Kami masih menunggu pengumuman penerbangan ke Korea diumumkan.
Aku mengerling sedikit Hoseok yang sudah terlentok di bahuku.
Senyumanku perlahan-lahan terukir.
Aku rasa gembira kerana akhirnya aku dapat merasa kebahagiaan ini setelah sekian lama.
Telefon Hoseok yang berada di tangannya tiba-tiba berdering.
Aku sempat menjeling nama si pemanggil.
Miyuki.
Bagai terhenti nafasku.
Tapi seketika cuma, aku tersedar sesuatu.
Aku lupa rasa bahagia ini akan berhenti sekejap sahaja lagi.
Hoseok mula menunjukkan tanda-tanda dia terganggu.
Matanya dicelikkan dan melihat skrin telefonnya yang masuh berdering.
Hoseok mengabaikan panggilan tersebut.
Malah telefonnya dimatikan dan disimpan ke dalam poket.
Aku pelik.
Hoseok berpaling memandangku.
Senyumannya dilemparkan buatku sebelum dia melentokkan kembali kepalanya ke bahuku.
Ingin sahaja aku bertanya.
Tapi apakan daya, suaraku terasa seperti tersekat di kerongkong sahaja.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fanfiction" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫