Hoseok POV
Aku mengurut bahu yang terasa lenguh.
Nafas dihela lembut apabila jam dinding rumah menunjukkan pukul 9:45 malam.
Aku cuba balik secepat mungkin.
Sebab aku risau apa-apa jadi pada Rin.
Lagi beberapa hari sahaja due Rin akan tiba.
Aku segera melangkah ke tingkat atas untuk mencari Hae Rin.
" Hai sayang! " tegurku sambil membuka pintu bilik.
Namun, aku hampa apabila melihat tiada orang di dalam bilik.
Aku mula panik memikirkan sekiranya terjadi apa-apa pada Hae Rin.
" Sayang! "
" Sayang! "
Aku berjalan laju menuruni tangga lalu ke terus ke dapur.
Aku bertambah cemas apabila melihat Hae Rin turut tiada di situ.
Aku mengambil keputusan untuk ke halaman belakang.
Nafas lega dihela sebaik sahaja melihat Hae Rin berada di situ.
Kelihatan Hae Rin sedang membentang tikar di atas rumput.
Aku segera merangkul pinggang Hae Rin dari belakang.
Hae Rin terkaku.
" Chagi ingat sayang dah bersalin atau ada apa-apa perkara buruk yang dah berlaku pada sayang..."
" Syukur sayang selamat..."
Aku menghela nafas lega sekali lagi.
Hae Rin meleraikan pelukan lalu menghadapku.
" Rin takde apa-apa. " balas Hae Rin cuba menyedapkan hatiku.
Senyuman manisnya juga terukir bagai menyejukkan hatiku.
Pipinya dielus lembut sebelum aku membalas senyumannya kembali.
" Sayang tengah buat apa ni? " tanyaku lalu memandang apa yang dia buat sebentar tadi.
Hae Rin menarik tanganku untuk berdiri sebelahnya.
" Tadaaaaa!!! "
" We'll have a camping! " ujar Hae Rin teruja.
Aku berpaling memandang Hae Rin.
" Sayangggg..." panggilku meleret.
" Alaaa chagi...please...." pujuk Hae Rin cuba meraih simpati.
Aku memandang langit sambil berfikir.
Tiba-tiba Hae Rin memelukku buat aku sedikit terperanjat.
Yang membuatkan aku lagi terkejut ialah baju kemeja kerjaku terasa basah.
Jangan kata yang sayang aku ni menangis.
" Please chagiiii..."
Aku membalas pelukannya sambil mengusap kepala Hae Rin.
" Baiklahhh...."
Akhirnya aku mengalah.
Hae Rin mendongak memandangku dengan mata bersinar.
" Malam ni sahaja okay? "
Hae Rin mengangguk laju.
" Chagi pergi mandi kejap. Sayang duduk diam-diam. "
" Baiklahhh chagi..."
Aku mencium dahi Hae Rin sekilas sebelum merungkaikan pelukan.
Kaki melangkah ke dalam rumah untuk membersihkan diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/106874944-288-k845183.jpg)
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Фанфик" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫