[ 275 ]

1.3K 99 7
                                        

Aku mencelikkan mata lalu dikerdipkan beberapa kali.

Kepala yang terasa berat dipegang.

Aku berpaling ke kanan.

Hembusan nafas yang menampar wajahku hampir membuatkanku terjerit.

Apa dia buat ni?!

Aku tiba-tiba jadi terpukau melihat wajah Hoseok yang tenang dalam tidurnya.

Muka dah la flawless.

Untungnya la siapa isteri dia.

Eh?

Aku la isteri dia.

Hahahahahaha

Sedang aku bermonolog, Hoseok terjaga.

Aku pula seakan kaku.

" Sayang dah bangun? "

Hoseok tersenyum manis.

Ya Tuhan.

Senyuman dia manis seperti selalu.

Aku beralih memandang tangan Hoseok yang masih memelukku.

Aku tidak mahu bertentang mata.

Jantungku berdebar seperti dahulu.

" Oh mian! "

Hoseok mengalihkan tangan dan segera duduk dari pembaringan.

" Semalam sayang sejuk. Seok tak tahu nak buat apa. Heeeeee..."

Hoseok tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku segera bangun dan duduk di birai katil.

Kemudian aku mula berjalan ke pintu bilik.

" Eh? Sayang nak ke mana tu? "

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang