[ 268 ]

1.3K 95 1
                                    

" Sayang nak ke mana? "

" Teman Hoseok makan? "

" Please? "

Aku pandang wajah Hoseok yang penuh dengan harapan.

Akhirnya aku mengambil tempat di tepi Hoseok.

Hoseok tersenyum seronok.

" Dah lama tak makan masakan sayang. "

" Rinduu..."

Aku buat-buat tidak dengar.

Aku menyenduk Nasi Goreng ke pinggan Hoseok.

Telur gulung juga diletakkan ke atas pinggan Hoseok.

Hoseok mula menjamah sarapannya dengan berselera.

" Sayang tak nak makan? "

Aku menggeleng.

" Kenapa? Makan la sikit...nanti perut masuk angin. Sakit. "

" Hoseok suap eh? " pujuknya.

Aku geleng lagi.

" Aaaaaaaaaaa..."

Hoseok masih berdegil.

Aku menyambut jua suapannya walaupun sebenarnya aku rasa loya ketika ini.

Sebaik sahaja menelan nasi tersebut, aku mula rasa ingin memuntahkannya semula.

Aku berlari ke sinki dapur.

Hoseok mengekoriku.

Belakang badanku diusap perlahan.

" Sayang okay ke? " tanyanya risau.

Rambutku yang jatuh diselitkan ke telinga.

Aku membasuh mulut dan berkumur.

Aku berpaling memandang Hoseok yang jelas risau.

Pandangan tajam dilemparkan pada Hoseok.

" Ini semua salah awak! "

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now