" Terima kasih Jin. " ucapku sambil menyambut huluran plastik.
" Sama-sama~ lagipun anak buah saya juga yang mengidam ennn..." usik Jin sebelum tersengih.
Aku hanya tersenyum.
Aku mula melangkah ke pintu utama restoran untuk pulang.
" Rin! "
Aku terpandangkan Yoongi dan Namjoon di sebuah meja.
Kaki bertukar arah ke meja mereka.
" Eh duduk la dulu. " jemput Namjoon.
Aku pun mengambil tempat di kerusi kosong.
" Lama kita tak jumpa kan? " tegur Namjoon.
Aku mengangguk mengiakan lalu tersenyum.
" Kau dari mana ni? " tanya Yoongi.
" Aku dari rumah eomma dan appa. "
" Datang sini buat apa? "
" Aku ambil kek Pavlova yang Jin buatkan. "
" Mengidam la tu. " usik Namjoon.
Aku tersengih.
" Hoseok ada berselisih dengan awak tak di rumah? "
Aku mengerut dahi pelik.
" Saya belum balik rumah lagi. Dari sekolah terus ke rumah eomma dan appa. "
" Oh yeke..."
" Sebab Hoseok tak sihat tu. Dia demam. "
" Saya suruh dia balik lepas lunch tadi. "
Mataku membulat.
Demam?
" Saya rasa dia demam dari sebelum dia pulang lagi. "
" Saya kata tak payah kerja hari ni. Baru balik outstation en. Tapi dia nak juga pergi kerja. "
" Katanya duduk rumah tak buat apa. Awak pun sekolah. Itu yang dia nak pergi kerja juga. "
Kenapa dia tak bagitahu aku yang dia tak sihat pun?
Atau aku terlalu lurus sampai tak perasan?
" Awak tahu kan Hoseok demam? " tanya Namjoon.
Aku menggeleng dengan riak terkejut.
Terdengar Yoongi mengeluh.
" Sampai bila Rin kau nak keraskan hati kau tu? "
" Tak cukup ke apa yang dia buat selama ni? "
" Bunga ros yang dia hantar setiap hari tu...aku harap benda tu dah cukup buat kau cair. "
" Walaupun bukan semua orang boleh cair dengan bunga kan? "
Bunga ros?
Dia yang hantar?
" Aku belum lagi cerita pada kau kan? Dua minggu dia tak cari kau tu...dia jatuh bilik air. Dan kena tahan kat hospital sebab demam panas sebaik sahaja kau pergi. "
" Kau orang sama-sama terluka sekarang ni. "
" Jadi, adil kan kalau kau orang berbaik? "
Aku terdiam.
Ada betulnya apa yang Yoongi katakan.
" Let bygones be bygones, Rin. " pujuk Namjoon pula.
" Aku rasa, baik kau balik sekarang. Aku risau dia jatuh bilik air lagi macam hari tu je. "
Aku segera berdiri.
Bersedia meninggalkan mereka.
" Terima kasih kau orang. " ucapku dengan mata berkaca.
Namjoon dan Yoongi hanya tersenyum.
" Kami sentiasa mahukan kau orang bahagia. "
ANDA SEDANG MEMBACA
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fanfiction" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫
![[ Completed ] Sick S2 | Jhope |](https://img.wattpad.com/cover/106874944-64-k845183.jpg)