Aku mengeluh perlahan di depan kaunter dapur.
Tangan menyambung mengacau air coklat di dalam cawan.
' Hoseok-ahhh...bila awak nak balik...'
' Saya rindu dan takut...'
Aku kesat air mata yang mula gugur.
Air yang sudah siap dibawa ke ruang tamu.
Disebabkan aku tak berselera untuk makan, aku hanya makan biskut dan air coklat panas.
Langkahku yang ingin ke dapur semula untuk mendapatkan biskut terhenti apabila telefonku menjerit minta diangkat.
Senyumanku serta-merta terukir.
Hoseok kah?
Sebaik sahaja melihat skrin telefon, senyumanku pudar.
Nombor tak dikenali?
Akhirnya aku menjawab jua panggilan tersebut.
" Yeoboseyo? "
" Sayangggg..."
Aku merngerut dahi.
Siapa ni?
Suara Hoseok bukan macam ni.
" Sayang menangis ke tadi? "
" Mesti sebab lelaki tak guna tu kan? "
" Dia lukakan hati sayang kan? "
" Biar oppa bunuh dia nanti. "
" By the way...sayang okay ke sorang-sorang kat rumah tu? "
" Nak oppa temankan? "
Meremang bulu romaku mendengar kata-kata lelaki tak dikenali ini.
Macam mana dia tahu aku menangis?
" Sayang? Kenapa senyap je? "
" Sayang takut ke? Nanti oppa datang ya. "
" Oppa akan lindungi sayang terutama daripada lelaki durjana tu. "
" Sayang tunggu tau! "
Talian dimatikan.
Aku mula menggigil ketakutan.
Nombor Hoseok didail.
Namun tidak dapat.
Aku cuba pula mendail nombor Yoongi.
Pun tak dapat.
Apa perlu aku lakukan?

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Completed ] Sick S2 | Jhope |
Fiksi Penggemar" Ceraikan saya. " Jika sudah ada jurang antara kita, mampukah kita bahagia? Start : 30 April 2017 End : 27 August 2017 #20 in Fanfiction [ 22 June 2017 ] #13 in Fanfiction [ 1 July 2017 ] Cover credit by @Jeonlist_ @joonzgal Don't copy! 🚫