[ 323 ]

1.1K 82 4
                                        

Aku meletakkan lauk-pauk di atas meja makan.

Hoseok sekadar memerhati dengan kerutan.

" Sayang okay? "

Aku hanya mengangguk sebelum kembali ke dapur untuk mengambil nasi.

Hoseok mengeluh perlahan.

Setelah selesai menghidangkan makanan, aku mengambil tempat di meja makan.

" Makan la. "

" Maaflah ini je yang ada. "

" Sebab doktor kata luka tikaman hari tu belum sembuh sepenuhnya. "

" Jadi, awak kena pantang makan. "

Hoseok hanya tersenyum hambar tanda mengerti.

Hoseok sudah bersedia memegang penyepit makanan.

" Sayang tak makan? " tanya Hoseok memandangku.

Aku menggeleng.

Entah kenapa tiada selera.

Atau lebih tepat, aku tiada mood ketika ini.

Hoseok meletakkan penyepitnya di atas meja kembali.

Mukanya muram.

" Adakah chagi menyusahkan Rin? "

Diam.

" Mesti Rin penat lagi sebab jaga chagi. "

" Chagi minta maaf kalau ada lukakan hati sayang. "

" Tapi sayang kena makan. Baby dalam perut nanti sakit sekali. "

Aku mendiamkan diri.

" hurmmm...kalau betul la marah kat chagi atau chagi menyusahkan, chagi akan keluar nanti. "

" Janji sayang makan eung? "

" Apa awak mengarut nih? Nak keluar ke mana? " tanyaku mula bersuara.

Tidak puas hati.

Hoseok memandangku.

" Kaki awak masih sakit. Kenapa nak merayau pula? "

" Dah tu kenapa sayang moody? "

" Kenapa? Dah tak larat nak layan perangai saya? "

Mata bertentang mata.

Masing-masing panas hati.

Akhirnya aku bangkit.

" Awak makan la. Dah habis, saya akan kemas nanti. "

Aku terus mendaki tangga.

Perutku yang sarat membuatkan aku lelah selepas mendaki tangga.

Bilikku dituju.

Katil menjadi sasaranku.

Aku mula melepaskan apa yang terbuku di hati.

Sehingga aku tidak sedar bila aku terlelap.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang