[ 309 ]

1.2K 99 1
                                    

Hoseok POV

Aku tekan kod kekunci rumah sebelum pintu dikuak.

Aku memerhati sekeliling.

Mana Hae Rin?

Aku berjalan ke ruang tamu.

Mataku membuntang apabila melihat Hae Rin sedang duduk di lantai dengan tangan dan kakinya diikat.

" Sayang! "

Aku berlari mendapatkannya.

Hae Rin mengangkat kepala.

" C-Chagi..." rintih Hae Rin.

" Macam mana boleh jadi macam ni?! "

Aku segera membuka ikatan tangan dan kaki Hae Rin.

" N.."

Aku mengerut dahi.

N?

Namchin Aeri?

Kenapa dengan dia?

" Baik kau jauhkan diri daripada kekasih hati aku. "

Nafasku bagai mahu terhenti apabila dapat merasakan hujung mata pisau diacu ke belakang badanku.

" Sini, sayang. "

" Jauhkan diri daripada lelaki tak guna ni. "

Hae Rin pandang aku sebelum berdiri di sebelah N.

Perlahan-lahan aku memusingkan badan supaya menghadap mereka.

N masih mengacu pisau padaku tapi kali ini jauh sedikit.

" Apa kau buat ni, N? "

" Apa salah aku dan Hae Rin? "

" Kau rampas Hae Rin daripada aku!! "

Hae Rin menggeleng bersama deraian air mata.

" Aku tak faham. Aku dah kahwin dengan Hae Rin sejak dibangku sekolah lagi. "

" Bila masa pula aku rampas? "

" Kau diam! "

" Kau ingat kau kahwin dengan dia, dia bahagia ke? "

" Sayang, sayang tak bahagia kan? "

Hae Rin hanya mendiamkan diri.

" Kau tengok air mata dia yang tak berhenti mengalir tu! Itu semua sebab kau! "

" Aku akan pastikan kau dapat balasan yang setimpal sebab buat dia menangis! "

" Dia menangis sebab takutkan kau la! "

N pandang Hae Rin.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now