[ 191 ]

1.4K 108 3
                                    

Aku meletakkan beg bagasi di tepi almari.

Kelihatan Hoseok sudah merebahkan badan di atas katil.

' Mesti dia penat...' desis hatiku sebelum berjalan ke pintu gelangsar bilik hotel.

Pintu dibuka.

' Wahhhh! Cantiknya!!! ' jerit hatiku kagum bercampur teruja.

Pemandangan tepi laut yang sangat-sangat cantik dan indah.

Aku berpaling memandang katil semula.

Hoseok sedang duduk bersandar pada kepala katil sambil tersenyum.

Di tangannya ada telefon.

Haihhh...

Aku mula berjalan masuk ke dalam bilik semula.

Meninggalkan pemandangan indah itu untuk seketika.

Sofa yang berada di hujung bilik menjadi sasaranku untuk duduk.

" Hoseok...." panggilku lembut.

Hoseok sedikit pun tidak mengangkat kepala.

Aku perasan sejak dari lapangan terbang lagi, wajah Hoseok dingin dan kelat sahaja.

Aku tidak tahu kenapa.

" Hoseok...boleh kita berbincang? "

Akhirnya dia mengangkat kepala tanpa secalit senyuman.

" Boleh tak kalau kita just have fun kat sini? "

Dahi Hoseok mula berkerut.

" I mean...boleh tak awak berhenti berhubung dengan Miyuki sekejap dan nikmati percutian ini? "

Hoseok hanya membatu.

" Hurmmm...yela... Bukan selalu dapat peluang macam ni. Kan? "

Hoseok bangun dari katil dan berjalan keluar dari bilik.

Tanpa sepatah kata.

Aku pula hanya terkaku di situ.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now