[ 296 ]

1.3K 97 0
                                    

Aku menaiki tangga dengan berhati-hati seperti pesanan Hoseok.

Aku menolak pintu bilik Hoseok yang tidak ditutup rapat dengan menggunakan bahu.

Sebaik sahaja masuk, kelihatan Hoseok sudah berganti baju.

Aku meletakkan dulang di atas meja kecil bersebelahan katil.

Mangkuk bubur diambil lalu dihulur pada Hoseok.

Tekelip-kelip mata Hoseok memandang aku dan mangkuk bubur silih berganti.

" Kenapa? " tanyaku pelik.

Aku pandang mangkuk bubur.

Ada apa-apa ke?

Hoseok muncungkan bibir.

" Suap? " pintanya manja.

Aku tepuk tangan dia.

" Buat saya takut jela. "

Hoseok tersengih.

Aku mula menyudu bubur yang masih panas.

Bubur tersebut ditiup terlebih dahulu dan kemudian disua ke mulut Hoseok.

Hoseok menyambutnya dengan senang hati.

" Awak dah makan? " tanya Hoseok.

Aku menggeleng.

" Kenapa belum makan? Nanti perut sakit pula. "

Hoseok rampas sudu sebelum menyua bubur ke mulutku.

Aku pandang Hoseok.

Dia melemparkan senyuman padaku.

Aku menyambut suapan tersebut apabila mengenangkan ada satu nyawa yang aku sedang bawa.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now