Chapter 16

4.4K 165 2
                                    

Inside .... I care about you , truly care .

Rafisya segera berlari selaju yang dia mampu , entah kenapa dia perlu lari selaju ini semata-mata disebabkan mangkuk sekor syafiq Haziq . Sampai sahaja di taman belakang sekolah kelihatan Syafiq sedang mengukirkan senyum sinis .

"kau lewat 40 saat ."

Nafas Rafisya masih lagi tidak teratur , sesekali Rafisya terbatuk-batuk akibat terlalu penat . Syafiq masih memandang Rafisya dengan senyuman sinis , mesti perempuan di hadapannya ini hanya sekadar berdrama penat untuk menarik perhatiannya .

"kau dengarkan yang kau lewat 40 saat ."

Walaupun batuk Rafisya semakin teruk namun Syafiq hanya mengendahkannya , langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya .

"A..apa sal..salah a..a..ak..aku ?" Soal Rafisya dalam keadaan batuk . Entah kenapa nafasnya semakin sesak sekarang .

"Salah kau ? salah kau sebab rapat dengan budak kelas sebelah itu ! Kau faham tak aku tak suka ! Itu pun nak kena beritahu ka , kalau kau perlukan perhatian cari aku Fisya , tak perlu cari orang lain . Aku boleh la beri sepenuh perhatian aku pada kau Fisya , tolonglah jangan buat aku macam ni ." Pekik Syafiq dalam nada sayu .

"Ak..aku...

Syafiq mengukir senyuman sinis.

"Rafisya Aulia ! Dah la tak payah berlakon penatlah . Aku benci dan aku muak dengan perangai kau , tak payah pura-pura sakit la ."

Rafisya hanya mendengar sahaja kata-kata Syafiq sambil menundukkan kepala . Keadaan sekelilingnya seakan berpusing-pusing sebelum dia jatuh menyembah tanah .

Syafiq terkedu , apa yang telah dia buat ni , takkan Rafisya sanggup pura-pura pengsan sampai macam ni sekali ? Erk Rafisya jangan la buat aku macam ni .

"Rafisya please la tak kelakar okey ." Ujar Syafiq sambil melangkah ke arah Rafisya . Tubuh Rafisya digoyangkannya berkali-kali.

"Rafisya ehh Rafisya bangunlah !Jangan takutkan aku la bodoh , jangan buat aku risau la!!"

Wajah Rafisya diperhati . Wajah yang putih kemerahan itu sudah bertukar menjadi pucat lesi . Syafiq mula panik tubuh Rafisya digendong menuju ke bilik rawatan .

"Fisya maafkan aku , aku terlalu ikutkan perasaan , maafkan aku ." Ujarnya perlahan , air mata lelakinya mula mengalir membasahi pipi .

                              🧡🧡

Raisya hanya mengambil tempat di bawah pokok yang besertakan kerusi dan meja kecil . Tujuannya ke sini hanya untuk membaca dan menunggu ketibaan Rafisya , ye diorang telahpun setuju untuk bertemu disini .

"Haihhh mana pula Rafisya ni ." Omelnya sendiri . Pengumuman yang diumumkan oleh pihak sekolah didengar .

"SAYA MINTA MAAF TETAPI PADA HARI INI KITA KEKURANGAN GURU KERANA BANYAK DIANTARA GURU - GURU YANG PERLU MENGHADIRI KURSUS , JADI DIHARAP AGAR PELAJAR MEMBERIKAN KERJASAMA  ."

Raisya hanya mengangguk tanda faham . Jadi ini bermakna kerja pembentangan geografi boleh dilakukan pada masa ketiadaan guru . Namun tika leka membaca tiba-tiba muncul seorang pelajar .

"Kak Raisya ."

Raisya memerhati sahaja pelajar itu dengan kening yang diangkat sebelah .

"Ya ?"

"Kak..kak Rafisya pengsan , dia sekarang ada dekat bilik rawatan ."

Mulut Raisya sedikit terbuka , buku yang bertaburan segera dikemas dan dimasukkan ke dalam beg sebelum berlari ke bilik rawatan.

Tiba sahaja di bilik rawatan kelihatan beberapa orang guru dan beberapa orang pelajar sedang berkumpul disitu .

"Macam mana Rafisya boleh pengsan ?" Sergah Raisya . Syafiq hanya menundukkan kepala , ya jujur dia merasa bersalah kerana memperlakukan Rafisya seperti itu , kalau tak disebabkan cemburu yang membuak mesti Rafisya takkan jadi macam ni .

Kau bodoh Syafiq Haziq ! Bodoh !!

"Rafisya penat sebab berlari ." Ujar Rayyan bagi pihak Syafiq , guru serta pelajar yang lain mula meninggalkan mereka .

"Macam mana boleh penat ?"Soal Raisya kembali , hairan dengan jawapan daripada Tengku Rayyan Rayqarl .

"Ak..aku min..minta maaf Raisya ak..aku tak sangka y..yang Rafisya akan ja..jdi macam ni ."

Raisya sedikit blur mendengar kata-kata Syafiq . Wajah Rafisya yang sedang tidur dipandang olehnya . Kejap-kejap kenapa Syafiq nampak tertekan ni ? Apa kaitan Rafisya penat dengan keadaan Syafiq yang tertekan ?

"Aku tak faham maksud kau tapi dah call ambulans ?"

Rayyan mengangguk laju manakala Syafiq masih lagi menundukkan kepala . Perlu ka dia ceritakan segala apa yang telah berlaku , kalau tidak disebabkan oleh tindakan bodohnya semua ini takkan terjadi , kalau tak disebabkan oleh cemburu butanya semua ini tak akan terjadi .

"Sebenarnya Raf..Rafisya pengsan se..sebab nak tepati masa ."

Raisya masih lagi tidak faham , apa yang Tengku Syafiq Haziq cuba sampaikan .

Syafiq menghela nafas berat sebelum menceritakan segalanya kepada Raisya , dia merasa amat bersalah dan terlalu bersalah ! Apa yang telah dia lakukan ni , kalaulah dia tidak mengikut egonya mesti Rafisya takkan jadi seperti ini .

"Sampai hati kau buat Rafisya macam ini hanya sebab Rafisya rapat dengan Umarul !"

"Rai..Raisya ak..aku..

"Korang berdua boleh blah dari sini ."

Pada masa yang sama siren ambulans mula kedengaran , sebagai kawan rapat Raisya turut mengikut Rafisya menaiki ambulans , sebuah jelingan dihadiahkan kepada Rayyan dan Syafiq sebelum ambulans beredar.

                             🧡🧡

Pulang sahaja dari sekolah Rayyan segera menuju ke rumah Syafiq . Pintu bilik Syafiq dibuka .

"Syafiq relax okey , aku pasti Rafisya mesti okey , dia cuma penat ja tu ."

Syafiq menghela nafas berat .

"Cara kau cakap macam kau pula doktor yang merawat Rafisya ."

Rayyan hanya tersengih , wajah Syafiq dipandang.

"Engkau jealous sebab Rafisya rapat dengan Umarul atau engkau tak nak rancangan kita gagal ?"

Syafiq mengukirkan senyuman sinis , wajah Rayyan yang putih bersih segera dipandang .

"Of course sebab rancangan kita , buat apa aku nak jealous dengan dua orang tu sedangkan aku tak pernah cintakan Rafisya Aulia . Ehh hello ini Tengku Syafiq Haziq okey , aku tak akan sesekali jatuh cinta apalagi jatuh cinta dengan minah pendek tu sorry okey ."

Ehh betul ka apa yang engkau katakan ni Syafiq . Engkau benar-benar jealous atau engkau still fikirkan akan rancangan engkau ?

Rayyan hanya mengukir senyuman , nampaknya perangai lama sepupunya sudah pun kembali .

"kau jangan gagalkan rancangan kita Rayyan , jangan sesekali jatuh cinta dengan budak Iman Raisya tu ." Ujar Syafiq .

Tengku Rayyan Rayqarl terus melepaskan tawa .

"Hello ini Rayyan okey , aku takkan gagal dalam kes mengorat !"

Mereka berdua hanya ketawa apabila mendengar pujian pada diri masing-masing , wajah yang tadinya risau di sekolah terus bertukar bengis taktala pulang ke rumah .

Walau apa pun yang terjadi Iman Raisya dan Rafisya Aulia mesti jatuh hati pada mereka berdua ! Hanya mereka berdua bukannya orang lain termasuk Umarul !

TO BE CONTINUE ..

Deviner_02

Mr Playboy fall in LOVE! ✓Where stories live. Discover now